Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lut] | ڤولوت

Definisi : getah (drpd tumbuh-tumbuhan utk me­nangkap burung); memulut 1. menangkap burung dll dgn getah, menggetah (burung dll): ia selalu ~ burung tekukur; 2. ki memikat (hati), membujuk­-bujuk: banyak gadis yg terpikat kepadanya kerana dipulut dgn kata-kata yg manis; terpulut 1. kena pulut, terlekat; 2. terpikat (hatinya), tertipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lut] | ڤولوت

Definisi : 1. = beras ~ = sipulut Mn sj bijian spt beras tetapi lebih berkanji, beras ketan; 2. sj penganan yg dibuat drpd beras ketan; jenis­-jenisnya: ~ dakap, ~ kacau, ~ kuning (kunyit), ~ kinta, ~ panggang, ~ udang, ~ urap, dll; dilihat ~, ditanak berderai prb Mn apa yg kelihatan pd lahirnya berlainan dgn keadaan sebenarnya (kelihatan sbg orang kaya tetapi sebenarnya miskin dll); sebab ~ santan binasa sebab mulut badan binasa prb perkataan yg tajam itu kerap kali mendatangkan kecela­kaan kpd diri sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lut] | ڤولوت

Definisi : ; ~ lembu = pulut-pulut sj tumbuhan (pokok renek), kelulut, pepulut, Urena lobata; pulut-pulut 1. sj tumbuhan (rumpai), lemak ketam, Melochia corchorifolia; 2. sj tum­buhan (rumpai), daun susu babi, pokok lokman al-hakim, rumput pasir (tahi babi), sembung gajah, Adenostema lavenia (viscosum); ~ bukit sj tumbuhan (pokok renek), merepuh, setampin, tampin hutan, Mallotus griffithianus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok kecil), jarak hutan, ludai api, sembang, tapak gajah, Mallotus porterianus; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), pokok melukut (pepulut), Chrysophyllum roxburghii; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput bawang, siameh gunung, siamit, Fimbristylis asperrima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lut] | ڤولوت

Definisi : getah yg diperoleh dr tumbuh-tumbuhan dan digunakan utk menangkap burung. memulut menangkap burung dgn menggunakan pulut; menggetah burung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pu.lut] | ڤولوت

Definisi : 1 = beras ~ beras yg lekit apabila dimasak, spt yg digunakan utk membuat lemang dll. 2 sj penganan yg dibuat drpd beras pulut (ditanak atau dikukus). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulut

Puisi
 

Ke kedai membeli pulut,
     Pulut dibeli di kaki lima;
Alang-alang kasih di mulut,
     Kasih di hati kami terima.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Sebab pulut santan binasa,
     sebab mulut badan binasa.

Bermaksud :

Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pepulutpepulutPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi pokok dan kayu Chrysophyllum spp. daripada famili Sapotaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah pulut-pulut. Gubal kayu pepulut sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna putih semasa segar, dan berubah menjadi kuning jerami apabila terdedah. Tekstur kayunya sangat halus dan sekata dengan ira yang lurus arau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 610 hingga 930 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sangat berat. Kayu pepulut ini sangat rapuh dan sesuai untuk kerja binaan sementara.
palm civetmusang pulutPertanianTiadaTiada
glutinous riceberas pulutPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
samaksamakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Adinandra spp., Gordonia spp., dan Schima spp. daripada famili Theaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah gatal-gatal, gegatal, jalung, medang gatal, mengkula, samak pulut, tiup-tiup, dan tiup, di Sabah ialah bawing dan meluluk, dan di Sarawak ialah legai dan tekoyong-koyong. Spesies utamanya termasuk Adinandra villosa, Gordonia concentricicarix, dan Schima wallichii. Gubal kayu samak berwarna lebih muda dan sukar dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna merah atau coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 530 hingga 815 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini mudah dikerjakan tetapi sukar dikemas siap, mengering dengan perlahan, tidak tahan dan sukar diawet. Kayu samak boleh digunakan untuk lantai, papan panel, papan lapis, dan keranka pintu dan tingkap.

Kembali ke atas