eddy diffusion | bauran pusar | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Percampuran jirim dan sifat atmosfera yang dipengaruhi oleh pusar. Bauran pusar juga disebut bauran bergolak. |
whirlpool | lubuk pusar; air pusar | Geografi | Tiada | Tiada |
eddy diffusivity | kemeresapan pusar;pembauran pusar | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
eddy | pusar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pengaliran yang berhalaju tinggi yang terbentuk dalam aliran gelora. Dalam aliran gelora, pusar pelbagai saiz terbentuk. Pada mulanya, pusar yang bersaiz besar terbentuk dan terpecah kepada saiz yang lebih kecil daripada 1 mm biasanya dipecahkan oleh tindakan tegasan likat atau geseran. Pusar yang terkecil mengandungi lebih kurang 1016 molekul. Dengan itu, pusat bersaiz makroskopik. Setiap pusar mempunyai tenaga mekanikal tertentu yang dibekalkan oleh tenaga keupayaan pengaliran pukal bendalir. Pengaliran tanpa pusar ialah aliran lamina dan pengaliran berpusar ialah aliran gelora. |
eddy | pusar | Sains | Hidrometeorologi | Gerakan bendalir yang berkaitan dengan golakan dan sukar ditakrifkan dengan singkat dan menyeluruh. Ciri asas pusar dirangkumi dalam takrifnya sebagai suatu jisim bendalir yang dapat mempertahan identitinya untuk suatu jangka masa terhad sewaktu bergerak di dalam bendalir sekilingnya. Pusar atmosfera mempunyai julat saiz kurang daripada satu sentimeter (golakan mikroskala) hingga beratus-ratus kilometer. (lekukan besar atau antisiklon) atau lebih. Pusar berskala kecil memainkan peranan penting dalam mempengaruhi campuran menegak unsur atmosfera seperti momentum, haba dan wap air (fluks pusar) sementara pusar berskala besar pula mempunyai peranan penting dalam pengangkutan melintang unsur atmosfera yang tersirat dalam peredaran umum. |
turbulent Prandtl number | nombor Prandtl gelora | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah kemeresapan pusar momentum terhadap kemeresapan pusar terma yang dijelaskan sebagai dengan Prt = nombor Prandtl gelora, eM = kemeresapan pusar momentum, eH = kemeresapan pusar terma. |
mata pulas ucung(Ib.) | mata pulas ucung(Ib.) | Kesenian | Tiada | Mata yang berbentuk pusar-pusar. |
eddy diffusivity | kemeresapan pusar | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kemeresapan yang ditakrifkan sebagai dengan eM = kemeresapan pusar, Ev = kelikatan pusar, r = ketumpatan. Kemeresapan pusat adalah setara dengan kelikatan kinematik bagi rejim aliran lamina. Ia tidak bersifat bendalir tetapi bergantung pada halaju dan geometri aliran. |
eddy spectrum | spektrum pusar | Geologi | Tiada | Taburan frekuensi pusar yang mempunyai pelbagai saiz atau skala dalam suatu aliran yang berolak, atau taburan tenaga kinetik antara pusar yang mempunyai pelbagai frekuensi atau saiz. |
eddy spectrum | spektrum pusar | Sains | Hidrometeorologi | Taburan frekuensi pusar yang berbagai-bagai saiz atau skala dalam suatu aliran yang bergolak, atau taburan tenaga kinetik antara pusar yang berbagai-bagai frekuensi atau saiz. |