Tinospora crispa | Putarwali | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Menispermaceae ini juga dikenali sebagai akar seruntun dan patawali. Tumbuhan jenis pokok memanjat dengan batang yang berbintil-bintil. Daunnya jenis ringkas tersusun bertentang, daunnya berbentuk kordat. Jambak bunga jenis rasem dan bunganya berwarna kuning muda. Tumbuhan ini mengandungi alkaloid kuartener, berebrina dan glikosoid furanoditerpena yang memberikan rasa pahit. Pokok ini biasanya ditanam menjalar di pagar. Air rebusan batang diminum untuk rawatan demam, demam kuning, kolera, malaria, kecacingan, kencing manis, darah tinggi, sakit perut. Pokok ini digunakan secara luaran untuk merawat bisa ular, luka dan kudis buta. |
Tinospora tuberculata | putarwali | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Menispermaceae yang dikenali juga sebagai akar seruntun dan patawali. Tumbuhan ini jenis pokok memanjat dengan batang yang berbintil-bintil. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang dan berbentuk kordat. Jambak bunganya jenis rasem dan bunganya berwarna kuning muda. Tumbuhan ini mengandungi alkaloid kuarterner, berberina dan glikosoid furanoditerpena yang memberikan rasa pahit. Pokok ini biasanya ditanam menjalar di pagar. Air rebusan batang diminum untuk merawat demam, demam kuning, kolera, malaria, kecacingan, kencing manis, darah tinggi dan sakit perut. Air rebusan tumbuhan ini digunakan secara luaran untuk mencuci luka dan kudis buta. |
cuspidate | kuspidat | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bentuk hujung daun yang meruncing tajam dan kejur. Contohnya, daun putarwali (Tinospora crispa). |