Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.ti/] | ڤوتيق

Definisi : buah yg baru jadi (bakal buah), buah yg masih muda dan kecil; ~ mempelam buah mempelam yg baru jadi; berputik 1. mulai mempunyai putik, mulai berbuah: rambutan kami sudah mulai ~; 2. ki menampakkan tanda-tanda akan berjaya (usaha dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.ti/] | ڤوتيق

Definisi : buah yg masih muda dan kecil; buah yg baru jadi: ~ mempelam. berputik 1 mula mengeluarkan putik; mula berbuah: Pokok-pokok durian di kampung sekarang sudah ~. 2 ki tampak tanda-tanda yg menyatakan akan berhasil (ttg usaha dsb). memutikkan ki menjadikan berputik: ~ kejayaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putik (kata nama)
Bersinonim dengan bakal buah, pentil, badik.,

Puisi
 

Putik nanas dalam kebun,
     Ambil sebiji letak di tepi;
Siang berpanas malam berembun,
     Tuan tidak ambil peduli.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Bunga gugur putik pun gugur.

Bermaksud :

Tiap-tiap yang hidup akan mati dengan tidak memandang umur. (Peribahasa lain yang sama makna: Mumbang jatuh [= runtuh], kelapa jatuh [= runtuh]).

 

Lihat selanjutnya...(3)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
putik bunga kapas(Ir.)putik bunga kapas(Ir.)KesenianTiadaMotif berunsur tumbuhan berbentuk bunga kapas yang masih belum kembang.
fruitletputikPertanianTiadaTiada
cherelleputik kokoPertanianTiadaTiada
cotton budputik kapasPerubatanTiadaTiada
earbudfon putikTeknologi MaklumatTiadaSejenis fon telinga kecil yang digunakan bersama-sama dengan peranti audio.
cherelle wiltlayu putik kokoPertanianTiadaTiada
cotton-tip applicatoraplikator putik kapasPerubatanTiadaTiada
hemicryptophytehemikriptofitBiologiEkologiTumbuhan yang membentuk putik bunga di permukaan atau di bawah tanah, iaitu di tempat yang terlindung, misalnya kantan, Phaeomeria imperialis.
phanerophytefanerofitBiologiEkologiPokok atau pokok renek yang mempunyai putik bunga pada dahan yang wujud di bahagian atas permukaan tanah. Misalnya, pokok bunga raya, Hibiscus rosasinensis.
opiumcanduKimiaForensikAlkaloid yang diperoleh daripada lenggai biji putik popi opium (Papaver somniferum dan Papaver album), yang mengandungi sekurang-kurangnya 20 sebatian yang berlainan, misalnya kodeina, morfina, dan papaverina. Sekitar 10% candu mentah ialah morfina, iaitu bahan yang bertanggungjawab bagi kesan candu. Dos maut yang dianggarkan bagi orang dewasa ialah 0.3 g. Kesan sampingan ialah loya, muntah, sembelit dan pernafasan tertekan.
123

Kembali ke atas