Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : , rahmani Ar belas kasihan, pengasih: Tuhan yg bersifat ~ dan rahim; rahim I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : belas kasihan; pengasih: Allah yg bersifat ~ dan rahim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rahman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antonomasiaantonomasiaKesusasteraanPuisiGaya unsur yang menggunakan gelaran rasmi atau dikenal umum sebagai pengganti nama diri. Contohnya, Bendahara Seri Maharaja merujuk kepada Tun Mutahir,dan Bapa Kemerdekaan merujuk kepada Tunku Abdul Rahman Putra.
pragmatismpragmatismeKesusasteraanPuisiPuisi yang menekankan pentingnya kesan dan nilai-nilai praktis. Puisi ini menggambarkan tentang persahabatan dalam pergaulan yang akan memberi nilai-nilai hidup yang berguna. Contohnya, puisi "Sahabat" karya Rahman Shaari. Kini di sini aku berdiri dengan kaki peribadi sendiri pertcmuan singkat denganmu, sahabat menghadiahkan padaku makna hakikat.
pararhymepararimaKesusasteraanPuisiRima sumbang yang terbentuk di hujung baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi yang tidak serima. Contohnya, penggunaan kan dalam baris pertama rangkap petikan puisi "Dia Telah Terbawa" dalam kumpulan Kesan Kunjungan karya Rahman Shaari di bawah. bagaimana akan disambungkan jalur jemulur urat budaya di saat mengecil dunia dan akhirat tidak bersuara.
ensemblekumpulan teater tetapKesenianDrama dan TeaterKumpulan yang mementaskan teater dengan gaya, bentuk dan teknik mereka yang tersendiri. Oleh sebab para pelakon kumpulan ini sering terlibat dalam persembahan yang hampir sama, maka mereka mempunyai keyakinan bersama yang tinggi dalam pementasan teater. Contohnya, Persatuan Bangsawan Bintang Timur pimpinan Rahman B. yang hanya mementaskan teater bangsawan.
nationalistnasionalisSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu atau golongan yang berpegang kepada semangat kecintaan pada negara atau bangsa. Semangat ini biasa dikaitkan dengan segolongan rakyat yang bergerak untuk memperjuangkan kemerdekaan dan pembangunan negara yang berada di bawah takluk penjajahan. Semangat ini kadangkala bertindan lapis dengan semangat perkauman atau sentimen primordial sesuatu kaum. Contohnya, tokoh pejuang seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Ishak Hj. Mohamad dan Dr. Burhanuddin al-Helmi merupakan golongan nasionalis tanah air.
jampijampiKesusasteraanPuisiPuisi yang dibaca bagi mengubat seseorang yang sedang sakit terutama dalam konteks masyarakat tradisional. Lazimnya jampi ataupun mantera ini digunakan atau dibacakan oleh seorang bomoh awu dukun. Ada kalanya jampi atau mantera ini juga dibacakan kepada sesuatu objek seperti keris, tombak dan lembing kerana dipercayai benda-benda ini mengandungi unsur-unsur sakti. Contohnya, jampi "Penawar Bisa" dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional.Bismillahi 'L-rahman 'I-Rahim, Kayu medang, kayu patani. Tumbuh di padang merbani, Akar terhunjam tujuh petala bumi, Pucuk tersandar ke angkasa; Tuan puteri dari angkasa, Membawa tawar sekalian yang bisa, Ipuh putih menawar ipuh merah,
pseudonymnama samaranKesusasteraanTiadaNama yang digunakan oleh seseorang penulis dalam karyanya untuk maksud dan sebab-sebab tertentu. Penulis tidak mahu menggunakan nama sebenar dan memilih suatu nama yang lain sebagai gantinya. Nama samaran yang digunakan mungkin hampir atau berbeza sepenuhnya dengan namanya yang sebenar. Terdapat penulis yang menggunakan singkatan nama sebenarnya sebagai nama nama samaran. Contohnya, nama Keris Mas bagi Sasterawan Negara (SN) Kamaluddin Muhammad, Tongkat Warrant bagi SN Usman Awang, Sri Delima bagi Adibah Amin, dan Alis Murni bagi penyair Ali Ahmad. Nama samaran bagi Prof. Dr. �A�ishah �Abd. Al-Rahman ialah bint al-Shati� dalam kesusasteraan Arab. Nama samaran dikenali juga sebagai nama pena.

Kembali ke atas