blessing | berkat; rahmat | Sejarah | Tiada | Rahmat, berkat atau kurnia dari kuasa tertinggi atau Tuhan, biasanya pengurniaan bintang keberanian yang dilakukan oleh pemerintah atau maharaja sejak zaman Rom kepada pahlawannya. |
conditional joy | nikmat bersyarat | Kesusasteraan | Tiada | Motif biasa dalam cerita pari-pari. Motif ini menyentuh tentang penganugerahan atau suatu rahmat besar yang dijanjikan kepada protagonis dengan syarat tidak mencabuli sesuatu pantang larang. Penulis dan pengkritik Inggeris, G.K. Chesterton yang mencipta istilah ini berpendapat bahawa hukum-hakam alam pari-pari ditentukan oleh manusia dan bukannya sains. |
local colour | warna tempatan; warna lokal | Kesusasteraan | Puisi | Segala pencitraan dalam puisi terutamanya pemakaian bahasa dan penggunaan unsur alam yang bersifat tempatan. Dengan kata lain, tiada pengaruh dan penggunaan unsur dari luar wilayah atau negara. Contohnya, "Waktu Berdepan Denganmu, Kinabalu" dalam kumpulan pantun Era karya Kemala. Kinabalu Kinabalu kutatang rindu aneh itu atmacinta bercucuran dari tubuhmu dari sungai rahmat mengalir percintaan syahdu zaman ke zaman |
anthropomorphism | antropomofisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemberian sifat manusia dalam karya sastera kepada haiwan, benda yang tidak bernyawa, dan kuasa yang abstrak seperti Tuhan. Karya berunsur antropomorfisme yang termasyhur ialah Animal Farm oleh George Orwell yang merupakan satira terhadap Revolusi Rusia. Dalam karya ini, binatang ternakan yang asalnya dimiliki oleh peladang yang mabuk telah berjaya memerdekakan diri, mengambil alih ladang itu, dan mengerjakannya sendiri seperti manusia. Namun, timbul huru-hara sehingga ladang itu kucar-kacir kerana binatang yang mentadbirkannya bertindak zalim seperti pemiliknya terdahulu. Di Malaysia, karya yang memperlihatkan corak cerita yang sama ialah Tikus Rahmat oleh Hassan Ibrahim. Di Indonesia terdapat cerpen �Langit Makin Mendung� oleh Kipandjikusmin yang memberikan sifat manusia kepada Tuhan. Antropomorfisme digunakan untuk membangkitkan rasa empati dalam sastera. Kebanyakan pengarang cerita kiasan lebih cenderung memperlihatkan unsur ini. Antropomorfisme berasal daripada perkataan Yunani anthropos yang bererti |