Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj para-para drpd kayu atau logam utk meletakkan pinggan mangkuk, buku, dll; ~ buku para atau tempat meletakkan buku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rak
Rujuk :para


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
engkerumongengkerumongMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Engkerumong ialah (i) set yang terdiri daripada lima hingga la pan biji gong berbusut. Gong tersebut diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Alat muzik ini dipukul de­ngan sepasang pemukul kayu. Sistem tiunannya tidak diselaraskan dan berfungsi sebagai alat melodi dalam ensembel engkerumong di Sarawak. Engkerumong ini dikenali juga sebagai gong chime, (ii) ensembel engkerumong terdiri dari­pada satu set engkerumong, sebiji tawag dan bandai, ketebong atau dumbak. Ensembel ini dimainkari oleh kaum Iban untuk mengiringi tarian Ngajat, dan (iii) sebiji gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar. Gong ini dipukul dengan pemukul kayu dan dimainkan dalam ensembel gong besar kaum Bidayuh di Sarawak.

canangcanangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Alat muzik ini berasal dari Asia Tenggara. Canang terdiri daripada dua jenis. iaitu (i) satu set dua biji gong kecil berbusut yang diletakkan mendatar di dalam rak kayu. Canang ini dipukul dengan pemukul yang berbalut dan berfungsi sebagai penanda masa dalam muzik. Alat ini dimain­kan dalam ensembel wayang kulit di Semenanjung Malaysia. (ii) satu set dua biji gong gantung berbusut, bersaiz kecil dan registernya sederhana. Alat muzik ini dipukul dengan pemukul kayu dan dimainkan secara bertingkah-tingkah dengan alat muzik lain dalam ensembel. Alat muzik ini dimainkan dalam ensembel gong besar di Sarawak dan di Sabah. Lihat juga sanang.

mongmongMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Mong terdapat di Thailand dan di Malaysia. Mong terdiri daripada (i) sebiji gong berbusut yang tergantung, bersaiz besar dan dipukul dengan kayu pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan piphat di Thailand, (ii) sebiji gong berbusut yang bersaiz sederhana. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam rak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel wayang kulit Melayu di Malaysia dan di kawasan selatan Thailand, (iii) sepasang gong berbusut yang bersaiz kecil. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam kotak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan wayang gedek di utara Semenanjung Malaysia dan di selatan Thailand.


Kembali ke atas