Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ungkapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rangkai
Kata Terbitan : serangkai, berangkai-rangkai, merangkaikan, rangkaian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
refrainbaris ulangKesusasteraanTiadaRangkaian kata atau baris yang diulang kembali pada jarak tertentu dalam sesebuah karya sajak selalunya pada rangkap atau bait terakhir.
antiphraseantifrasaKesusasteraanTiadaPerkataan atau rangkaian kata yang berunsurkan ironis, satira atau humor untuk menyampaikan sesuatu maksud yang bertentangan dengan yang dituturkan.
cantbahasa khasKesusasteraanTiadaBahasa khas: Bahasa atau rangkaian kata yang digunakan oleh satu golongan atau kumpulan tertentu dan mungkin difahami di kalangan mereka sahaja.
local accesscapaian setempatTeknologi MaklumatPerisianJenis capaian yang hanya boleh dimanfaatkan dalam domain tertentu seperti rangkaian dalaman. Tujuannya adalah untuk mengoptimumkan penggunaan sumber dan memastikan keselamatan rangkaian. Capaian ini boleh dilaksanakan melalui polisi rangkaian seperti peraturan tembok api, kata laluan dan rangkaian persendirian maya. Contohnya, mesin pencetak biasanya mempunyai capaian setempat.
authenticationpengesahanTeknologi MaklumatTiadaLangkah keselamatan atau teknik yang memerlukan pengguna mencapai sumber dalam Internet atau Intranet dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan. Rangkaian klien/pelayan seperti Windows NT dan sesetengah tapak web memerlukan identiti seseorang disahkan sebelum dibenarkan mencapai fail. Langkah ini adalah untuk menentukan pengguna ialah pengguna yang dibenarkan.
replay attackserangan ulanganTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSerangan ke atas rangkaian yang menyebabkan data yang dihantar oleh pengguna melalui rangkaian dipintas dan dihantar semula secara tidak sah oleh pengguna hasad. Serangan ini bertujuan untuk penyamaran atau pengubahan data. Penyamaran ulangan melibatkan paket data yang mengandungi kata laluan seseorang pengguna boleh dipintas dari rangkaian oleh pengguna hasad. Setelah pemintasan, pengguna hasad boleh melawati laman yang dikunjungi pengguna sebenar dan mengulangi penghantaran paket tersebut untuk mensimulasikan kemasukan kata laluan. Contoh variasi serangan ulangan untuk perubahan data pula ialah fenomena yang berlaku dalam urus niaga perbankan apabila paket urus niaga deposit wang ke dalam suatu akaun dipintas. Paket data yang sama boleh diulang berkali-kali untuk mensimulasikan deposit wang yang berterusan. Banding serangan aktif dan serangan pasif.
tinkerbell programatur cara tinkerbellTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian pemantauan yang digunakan oleh pentadbir sistem untuk mengimbas penyambungan ke rangkaian komputer untuk mengimbas penyambungan ke rangkaian komputer atau membanteras penyalahgunaan identiti pengguna. Perisian ini akan memberi amaran kepada pentadbir sistem apabila sambungan ke rangkaian tersebut cuba dilakukan daripada lokasi tertentu atau lokasi yang tidak diketahui. Amaran aman diberikan setiap kali sistem cuba dicapai dengan menggunakan ID tertentu. Contohnya, perisian ini akan bertindak menghubungi pentadbir sistem apabila terdapat percubaan mencapai sistem menggunakan ID dan kata laluan ketua organisasi, atau ID yang berkeistimewaan tinggi.
one-time passwordkata laluan guna sekaliTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah pengesahan pengguna berasaskan teknik cabar sahut, iaitu pada setiap sesi pengesahan yang berlainan, sistem akan membekalkan beberapa pemboleh ubah yang berbeza-beza. Berdasarkan nilai pemboleh ubah yang diberikan, pengguna akan mengira nilai yang sepatutnya diberikan sebagai jawapan. Pengguna tidak diberikan kata laluan yang kekal tetapi diberikan rumus algebra yang unik, ataupun senarai rujukan atau jadual persilangan. Contohnya, pengguna diberikan rumusan (x2 + 3y)/z sebagai algoritma yang unik dan kekal. Sistem pula akan membekalkan pemboleh ubah x =4, y=3 dan z=5 sebagai cabaran. Pengguna akan menggunakan pemboleh ubah berkenaan dalam rumusnya seperti yang berikut: (42 + 3(3)) /5 = 5 dan membekalkan jawapan �5� sebagai tindak balas. Sekiranya jawapan adalah betul, sistem komputer akan membenarkan pengguna mencapai sistem tersebut. Kaedah ini dapat mengekalkan pemintasan kata laluan melalui analisis rangkaian kerana sistem akan memberikan pemboleh ubah yang berlainan pada setiap sesi.
key sequencejujukan kekunciPentadbiran PerniagaanTiadaRangkaian ketikan kekunci yang menjadi arahan kepada sistem pemprosesan kata.
narrative structureSuara naratifKesusasteraanTiadaStruktur dalam karya sastera yang melibatkan keseluruhan aspek susunan, aturan, gubahan, atau rangkaian yang membina karya sastera itu, sama ada dari aspek luaran atau dalaman. Aspek luaran termasuklah plot dan hubung kaitnya dengan unsur-unsur bahasa, watak, dan imej yang digunakan. Aspek dalaman pula meliputi isi atau makna dan hubung kaitnya dengan kesan keindahan karya. Dengan kata lain, struktur naratif meliputi keseluruhan hubungan atau rangkaian yang membina sesebuah karya naratif. Setiap karya mempunyai struktur naratifnya yang tersendiri dan berbeza daripada struktur naratif karya lain. Contohnya, struktur naratif bagi karya sastera bercorak sejarah berbeza daripada struktur naratif karya hikayat lipur lara. Malah, struktur naratif menjadi salah satu asas yang digunakan untuk menggolongkan karya dalam sesuatu genre yang tertentu.
12

Kembali ke atas