Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ras
Rujuk :puak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boom-and-bust cyclekitar letus-lawasBiologiPatologiKitar yang melibatkan perkembangan dinamik populasi patogen dan perumah di alam, yang menyebabkan berlakunya edipemi dan diikuti dengan keredaan penyakit. Apabila banyak tumbuhan perumah yang mengandungi gen rentan ditanam dalam kawasan yang luas pada masa yang lama, maka populasi patogen akan meningkat dengan cepat hingga boleh menimbulkan epidemi. Ini menyebabkan proporsi tumbuhan sihat berkurang, dan musuh alam bagi patogen tersebut juga meningkat hingga menyebabkan populasi patogen menurun. Sebaliknya, apabila berlaku epidemi, suatu varieti baru yang tahan terhadap ras patogen tersebut akan ditanam secara meluas, yang akhirnya akan mengalami kemusnahan juga, akibat timbulnya ras baru patogen yang lebih virulen.
sociology of literaturesosiologi sasteraKesusasteraanTiadaKajian yang memfokuskan hubungan antara teks dengan konteks sosial. Kajian akan melahirkan teks tersebut, termasuklah pendidikan, khalayak, penerbitan, persembahan pentas kelas sosial, dan ideologi pengarang dan khalayaknya. Ahli sejarah Perancis, Hippolyte Taine sering dianggap sebagai pengasas sosiologi sastera. Beliau menekankan bahawa sesebuah teks boleh diperjelas menurut tiga faktor utama, iaitu ras, persekitaran, dan masa. Sosiologi sastera sering dikaitkan dengan pendekatan Marxis tentang kajian budaya. Contohnya, sebarang kajian sosiologi sastera terhadap novel Salina oleh A. Samad Said akan melibatkan tumpuan terhadap latar belakang penulis, zaman perang yang melatari novel tersebut, sejarah penerbitan yang menyebabkan novel ini popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, dan lain-lain.

Kembali ke atas