Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (réagen) (Kim) bahan (molekul, ion, radikal bebas, dll) yg terlibat dlm tindak balas kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /réagen/ ist bahan yg digunakan atau yg terlibat dlm tindak balas kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata reagen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reagent purityketulenan reagenKimiaKimia AnalisisPengelasan reagen berdasarkan ketulenannya. Reagen yang dilabel teknikal atau komersial biasanya tidak tulen. Gred ‘USP’ menandakan hanya reagen tersebut mematuhi keperluan United States Pharmacopoeia. Sebutan ‘CP’ menandakan reagen ini lebih tulen daripada reagen teknikal. Reagen yang ditanda ‘gred reagen’ atau ‘reagen teranalisis’ merupakan bahan-bahan tulen yang telah dianalisis untuk menentukan tahap ketulenannya. Sekumpulan reagen yang sangat tulen dinamakan reagen piawai primer. Reagen ini digunakan untuk menentukan kepekatan larutan dalam analisis volumetri atau tujuan lain yang ketulenan reagen itu penting.
Ehrlick reagentreagen EhrlickKimiaBiokimiaReagen yang mengandungi p-dimetilaminobenzildehid dan berubah warna kepada merah apabila bertindak balas dengan porfobilinogen, asid 8-amino levulinik atau sebatian lainnya.
Sanger reagentreagen SangerKimiaBiokimiaReagen yang larut di dalam benzena, propilena alikol dan eter, dan digunakan untuk menandai kumpulan asid amino hujung dan juga untuk mengesan fenol.
Schiff's reagentreagen SchiffKimiaBiokimiaReagen yang terdiri daripada larutan fuksin yang ternyahwarna oleh asid sulfurik, dan digunakan sebagai bahan uji aldehid dengan penghasilan warna merah lembayung.
chemical equivalent weightberat setara kimiaFarmasiTiadaJumlah reagen kimia yang akan bertindak balas dengan 1 gram berat setara reagen yang lain.
back-titrationpentitratan balikKimiaKimia AnalisisPenitratan yang melibatkan penambahan reagen secara berlebihan dan diketahui amaunnya. Kelebihan reagen ini pula ditentukan secara penitratan.
reagnetreagenKimiaKimia AnalisisSebarang zat atau bahan kimia yang digunakan dalam tindak balas kimia untuk tujuan mengesan, mengukur, mengkaji atau menganalisis bahan lain. Ketulenan dan kepekaan merupakan sifat-sifat yang diperlukan bagi sesuatu reagen.
masking agentagen penopenganKimiaKimia AnalisisReagen yang dapat digunakan untuk bertindak balas dengan spesies yang mengganggu dalam suatu penentuan. Misalnya ion ferik dapat ditopengkan oleh ion fluorida untuk membentuk FeF3-6 yang stabil dan tidak bertindak balas dengan reagen lain.
microdiffusion analysisanalisis pemikrobauranKimiaKimia AnalisisKaedah analisis yang berdasarkan pembauran gas dengan reagen. Gas itu dihasilkan oleh sampel yang mudah meruap. Contohnya ammonia yang dibebaskan daripada garam ammonium dapat ditentukan apabila ammonia dibaurkan ke dalam reagen.
aldehydealdehidKimiaTiadaKumpulan sebatian organik yang mempunyai radikal –CHO sebagai ciri utamanya dan mempunyai formula am RCHO (R ialah kumpulan alkil atau aril). Aldehid lazimnya berupa cecair yang tidak berwarna, mempunyai bau cirian, dapat dioksidakan kepada asid karboksilik, dan diturunkan kepada alkohol primer. Kumpulan sebatian ini terhasil melalui pengoksidaan alkohol primer dan juga penurunan asid karboksilik. Aldehid merupakan agen penurunan menghasilkan tindak balas positif dengan reagen Schiff, reagen Tollen dan reagen Fehling. Kumpulan sebatian ini juga dapat menjalani tindak balas penambahan dan kondensasi. Misalnya, formaldehid (metanal) dan asetaldehid (etanal).
12345678910

Kembali ke atas