limited recreation zone | hutan rekreasi zon terhad | Perhutanan | Tiada | Hutan rekreasi yang boleh digunakan untuk aktiviti rekreasi daripada jenis tertentu sahaja. |
limited recreation zone | hutan rekreasi zon terhad | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Hutan rekreasi yang boleh digunakan untuk aktiviti rekreasi daripada jenis tertentu sahaja. |
recreation facilities staff | staf kemudahan rekreasi | Pelancongan | Tiada | Kakitangan di jabatan rekreasi yang mengendalikan perkhidmatan dan peralatan rekreasi. |
recreational accommodation | penginapan rekreasi | Perikanan | Tiada | Tempat penginapan yang disediakan oleh pemaju aktiviti rekreasi, sama ada dalam bentuk resort, kapal layar atau rumah kelong. Penginapan rekreasi menyediakan kemudahan tempat tidur, kantin dan alatan memancing. |
country park | taman rekreasi desa | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Taman rekreasi pasif yang terletak tidak jauh dari bandar bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni kota menikmati suasana desa. |
recreation manager | pengurus rekreasi | Pelancongan | Tiada | Individu yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan jabatan rekreasi. |
recreation development | pembangunan rekreasi | Pelancongan | Tiada | Usaha yang dilakukan oleh perancang atau jabatan untuk mengembangkan peranan dan aktiviti rekreasi di sesuatu tempat. |
game fish/fun fish | ikan rekreasi | Perikanan | Tiada | Ikan air tawar atau air masin yang disenaraikan sebagai ikan yang berpotensi untuk aktiviti sukan. Kebanyakan ikan ini terdiri daripada jenis ikan pemangsa yang bersifat suka merentap dan melawan. Tindak balas yang terhasil daripada ikan rekreasi merupakan aktiviti yang menyeronokkan bagi pemancing. Contohnya, ikan toman, mersuji dan tenggiri. |
coarse fish/rough fish | ikan kasap | Perikanan | Tiada | Ikan air tawar yang bukan daripada kumpulan ikan rekreasi. Ikan ini kurang diminati oleh pemancing kerana sifatnya yang kurang melawan dan boleh mengancam atau mengurangkan populasi spesies ikan rekreasi, selain isinya yang kurang enak. Contohnya, ikan keli, baung, lampam, tilapia dan kaloi. |
gel blaster | penembak gel | Umum | Tiada | 1. Alat mainan yang menembakkan peluru gel kecil yang tidak berbahaya, biasanya digunakan untuk permainan rekreasi seperti simulasi pertempuran. 2. Orang yang menggunakan penembak gel untuk permainan rekreasi seperti simulasi pertempuran. |