seepage surface | permukaan rembesan | Hidrogeologi | Tiada | Bahagian lubang perigi pampa yang sebelah bawahnya dibatasi oleh permukaan air perigi pampa dan bahagian atasnya oleh persilangan antara air bebas yang diturunkan dengan dinding perigi. Ruj.: Hubbert 1940 Sin.: muka rembesan, zon rembesan |
secretory cell | sel rembesan | Biologi | Histologi dan Sitologi | Sel epitilium kelenjar yang merembeskan rembesan terentu seperti serum, mukus, minyak resin, nektar dan lain-lain. Rembesan ini mungkin kekal tersimpan di dalam kelenjar atau dirembeskan ke bahagian lain. |
seepage velocity | halaju rembesan | Hidrogeologi | Tiada | Kadar luah air rembesan melalui suatu medium berliang tak tepu per unit luas lowong tempat air bergerak, tegak lurus pada arah aliran. Ini merupakan purata halaju sebenar sesuatu aliran tak tepu. (Dimensi: LT-1) Ruj.: Am. Soc. Civil Eng. 1958 Sin.: kadar rembesan |
influent seepage | rembesan influen | Hidrogeologi | Tiada | Rembesan air ke litosfera (Meinzer): penyusupan air dari air permukaan ke dalam tanih, sebagai sungai merugi. Ruj.: Meinzer 1923 |
autacoid | autakoid | Perubatan | Tiada | Rembesan dalaman semula jadi, khasnya rembesan yang kesannya serupa dengan kesan bahan ubat. |
secretion | rembesan | Biologi | Fisiologi | Bahan atau bendalir yang dikeluarkan oleh sel atau kelenjar semasa proses rembesan. |
saliva | air liur | Perubatan | Tiada | Rembesan jernih, bersifat alkali yang dihasilkan oleh kelenjar liur. Rembesan ini membasahi dan melembutkan makanan, melembapkan mulut, dan mengandungi ?-amilase, iaitu enzim pencernaan yang mengubah kanji menjadi maltosa. Air liur juga mengandungi musin, albumin serum, globulin, leukosit, puing epitelium dan kalium tiosianat. |
apocrine | apokrin | Perubatan | Tiada | Menandakan jenis rembesan kelenjar dengan sebahagian sel perembesan hilang bersama-sama rembesan. |
tears | air mata | Perubatan | Tiada | Rembesan cecair yang dikeluarkan daripada kelenjar lakrima yang berfungsi untuk membasahi konjunktiva. Rembesan ini agak beralkali dan agak masin. Sin: lakrima |
effluent seepage | rembesan efluen | Hidrogeologi | Tiada | Resapan luahan air tanah ke permukaan tanah atau ke air permukaan sebagai sungai efluen atau sungai melaba. Ruj.: Meinzer 1923 Sin.: rembesan keluar |