Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rendah (adjektif)
1. Bersinonim dengan pendek: pandak, kerdil, kontot, ketot, bangkut rendang, renek,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, perlahan, tidak nyaring,
Berantonim dengan tinggi

3. Dalam konteks harga
bersinonim dengan murah, menurun, merosot, menjunam,
Berantonim dengan tinggi

4. Dalam konteks pendapatan
bersinonim dengan kecil, sedikit,
Berantonim dengan tinggi

Kata Terbitan : merendah, merendahkan, kerendahan, perendahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
leaf nutrient diagnosisdiagnosis nutrien daunPertanianAgroteknologiKaedah menentukan status kecukupan nutrien dalam tanaman dengan menggunakan analisis daun untuk mengukur kandungan nutrien seperti nitrogen, fosforus dan kalium. Contohnya bagi tanaman kelapa sawit, pelepah nombor 17 digunakan sebagai sampel analisis. Sekiranya nitrogen didapati rendah daripada 1.8%, maka tanaman ini dianggap mengalami kekurangan nitrogen.
1-1 heat exchangerpenukar haba 1?1KejuruteraanKejuruteraan KimiaPenukar haba jenis satu laluan yang membenarkan laluan bendalir hanya sekali di dalam bahagian kelompang dan tiub. Dengan ini, hanya terdapat satu kelompang yang menjadi bekas bagi kesemua tiub. Penukar haba ini merupakan penukar haba yang paling ringkas tetapi jarang-jarang digunakan dalam amalan industri kerana halaju bendalir terlalu rendah, kadar pemindahan haba yang tidak cekap, dan tiub yang panjang diperlukan untuk mencapai pemanasan atau penyejukan yang diperlukan. Penukar haba ini juga mengalami masalah pengembangan aliran bendalir yang mengakibatkan kejatuhan tekanan yang tinggi.
Ca:P rationisbah Ca:PVeterinarTiadaNisbah yang sesuai dalam pemberian kalsium dan fosforus pada ternakan untuk mengelakkan kekurangan atau berlebihan salah satu unsur ini yang boleh menyebabkan gangguan metabolisme. Pada umumnya ternakan memerlukan nisbah Ca:P 1:1 hingga 2:1. Walau bagaimanapun, bagi unggas penelur nisbahnya ialah 3-4:1. Jika kalsium terlalu rendah boleh menyebabkan penyakit rikets pada ternakan muda. Pada ruminan, fosforus yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit urinari kalkuli.
low waterair rendahHidrologiTiada(1) Paras air yang rendah ketika pasang menurun. (2) Paras air yang rendah sewaktu keadaan aliran sungai minimum.
low pass filterpenapis laluan rendah; turas laluan rendahKejuruteraanTiada1. Rangkaian turas yang meluluskan semua frekuensi di bawah frekuensi yang ditentukan tanpa kehilangan tetapi mendiskrimanasi frekuensi yang lebih tinggi.,2. Turas gelombang yang mempunyai suatu jalur penghantaraan tunggal yang meliputi dari frekuensi sifar ke suatu frekuensi genting atau potong yang terhingga.,semua frekuensi di atas titik itu.
ottave bassa (8va bassa)8va bassa (1 oktaf rendah)KesenianTiadaTiada
marshrawangGeografiTiada1. Kawasan rendah di latitud sederhana yang tak bersaliran bagus dan kadang-kadang mempunyai kawasan permukaan air terdedah yang ditumbuhi pokok-pokok reed, rush dan sedge.
creeperpenjalarKejuruteraanTiada1. Pelantar rendah di atas lereng-lereng kecil yang digunakan untuk sokong belakang dan kebolehgerakan apabila seseorang bekerja di bawah kereta.,2. Rantai tak berhujung yang menyangga gandar kereta lombong pada bar mengunjur.
marshrawangGeologiTiada1. Kawasan rendah di latitud sederhana yang tak bersaliran bagus dan kadang-kadang mempunyai kawasan permukaan air terdedah yang ditumbuhi pokok-pokok reed, rush dan sedge.,2. Tanah pamah yang dilanda banjir pada musim hujan dan selalunya berair.
kamekameGeologiTiada1. Guar rendah dan bersisi curam yang terdiri daripada kelikir dan pasir terstrata yang diendapkan oleh sungai subglasier sebagai kipas atau delta di pinggir glasier melebur.,2. Permatang yang mengandung bahan-bahan tak konsolidat yang dimendapkan melalui proses glasio-fluvium.
12345678910...

Kembali ke atas