Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rentet
Kata Terbitan : rentetan, berentetan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stringrentetanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSusunan aksara yang boleh berbentuk ASCII, perenambelasan, bit perduaan dan yang seumpamanya. Walaupun rentetan boleh mempunyai panjang yang pelbagai namun panjang ini boleh dianggap sebagai panjang yang tidak tetap yang mempunyai kekangan masing-masing. Umumnya, dalam bahasa pengaturcaraan, rentetan boleh dibahagikan kepada dua jenis data rentetan, iaitu rentetan panjang tetap dan rentetan panjang boleh ubah. Rentetan panjang tetap adalah rentetan yang mempunyai panjang maksimum yang tetap, yang menggunakan saiz ingatan yang sama, sama ada panjang maksimum ini dicapai ataupun tiak dicapai. Rentetan panjang boleh ubah pula merupakan rentetan yang mempunyai panjang yang tidak tetap, yang menggunakan saiz ingatan bergantung kepada saiz atau panjang rentetan itu sendiri. Rentetan panjang boleh ubah sering digunakan dalam bahasa pengaturcaraan moden.
time reversalpembalikan masaKejuruteraanTiadaPostulat bahawa masa itu boleh dibalikkan, iaitu rentetan peristiwa yang telah berlaku akan berlaku lagi tetapi di dalam urutan yang terbalik.
actionaksiKesusasteraanTiadaGerak laku atau tindakan seseorang watak yang sengaja dibuat-buat, sama ada dalam cerita filem, drama, atau cerita rekaan. Aksi merupakan rentetan peristiwa yang bergerak melalui masa, yang mempunyai kesatuan dan makna. Kesatuan dan makna bermaksud aksi yang bergerak mengarah kepada penyudahan yang dapat menyelesaikan sesuatu konflik. Rentetan peristiwa yang saling bersambungan itu bergerak secara logik melalui tiga peringkat, iaitu permulaan, pertengahan, dan pengakhiran. Aksi berasal daripada bahasa Latin actus.,Gerak laku atau tindakan seseorang watak yang sengaja dibuat-buat, sama ada dalam cerita filem, drama, atau cerita rekaan. Aksi merupakan rentetan peristiwa yang bergerak melalui masa, yang mempunyai kesatuan dan makna. Kesatuan dan makna bermaksud aksi yang bergerak mengarah kepada penyudahan yang dapat menyelesaikan sesuatu konflik. Rentetan peristiwa yang saling bersambungan itu bergerak secara logik melalui tiga peringkat, iaitu permulaan, pertengahan, dan pengakhiran. Aksi berasal daripada baha
centre of curvaturepusat kelengkunganMekanikGunaanPusat bagi tembereng lengkok pembeza yang berbentuk lengkung. Dari segi geometri, lengkung terbentuk daripada rentetan tembereng lengkok pembeza ds, dengan setiap tembereng ds itu ialah lengkok bagi suatu bulatan yang unik. pusat bulatan itu merupakan pusat kelengkungan bagi lengkung pada titik yang berpadanan dengan kedudukan tembereng.
actionaksiKesenianDrama dan TeaterGerak laku atau tindakan seseorang yang memainkan watak yang sengaja dibuat-buat, sama ada dalam filem, drama, atau cerita rekaan. Aksi merupakan rentetan peristiwa yang bergerak melalui masa, yang mempunyai kesatuan dan makna. Kesatuan dan makna bermaksud aksi yang bergerak mengarah kepada penyudahan yang dapat menyelesaikan sesuatu konflik. Rentetan peristiwa yang bersambungan itu bergerak secara logik melalui tiga peringkat, iaitu permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Aksi berasal daripada bahasa Latin actusyang bermaksud ‘tindakan atau perbuatan’.
radius of curvaturejejari kelengkunganMekanikGunaanJejari bagi tembereng lengkok pembeza yang membentuk sesuatu lengkung. Dari segi geometri, lengkung terbentuk daripada rentetan tembereng lengkok pembeza dengan setiap tembereng pembeza itu ialah lengkok bagi suatu bulatan yang unik. Jejari bulatan ini merupakan jejari kelengkungan bagi lengkung berkenaan pada titik yang berpadanan dengan kedudukan tembereng itu. Simbol yang digunakan untuk jejari kelengkungan ialah p.
actionaksiKesusasteraanTiadaGerak laku atau tindakan seseorang watak yang sengaja dibuat-buat, sama ada dalam cerita filem, drama, atau cerita rekaan. Aksi merupakan rentetan peristiwa yang bergerak melalui masa, yang mempunyai kesatuan dan makna. Kesatuan dan makna bermaksud aksi yang bergerak mengarah kepada penyudahan yang dapat menyelesaikan sesuatu konflik. Rentetan peristiwa yang saling bersambungan itu bergerak secara logik melalui tiga peringkat, iaitu permulaan, pertengahan, dan pengakhiran. Aksi berasal daripada bahasa Latin actus yang bermaksud `tindakan atau perbuatan�.
plotplotKesusasteraanTiadaJalan cerita atau susunan peristiwa dalam sesebuah karya mengikut hukum sebab dan akibat. Plot biasanya ditemui dalam karya sastera seperti novel, drama, dan teater. Susunan episod dalam plot tidak semestinya mengikut urutan yang bersifat kronologi. Struktur plot yang konvensional mengandungi eksposisi, koplikasi, dan resolusi. Eksposisi ialah bahagian awal yang memperkenal setiap watak. Hubungan dan kerencaman watak tersebut menimbulkan konflik, sama ada antara watak atau dalam diri watak itu sendiri. Komplikasi ialah tahap pertengahan cerita yang mengembangkan konflik dan mengakibatkan ketegangan, kejutan dan muslihat, sehingga mencapai tahap klimaks, iaitu titik tumpuan cerita. Resolusi pula merupakan bahagian akhir yang memberi peleraian sesebuah plot. Namun, tidak semua naratif memperlihatkan struktur plot yang konvensional. Plot yang tidak konvensional tidak bersifat kronologi. Oleh itu, plot itu tidak mengikut rentetan eksposisi, komplikasi dan resolusi. Contohnya, ada naratif yang plotnya langsung tid

Kembali ke atas