central repository | repositori pusat | Teknologi Maklumat | Perisian | Pusat penyimpanan dan penyelanggaraan data. Pusat ini biasanya mengandungi lebih daripada satu pangkalan data yang dihubungkan antara satu sama lain dalam satu rangkaian komputer. Oleh itu, capaian data pada repositori pusat ini boleh dilakukan pada sebarang tempat asalkan komputer tersebut dihubungkan ke sistem rangkaian tersebut. |
data warehouse | gudang data | Teknologi Maklumat | Perisian | Repositori data yang disimpan secara elektronik dalam organisasi. Gudang ini direka bentuk untuk memudahkan proses melapor dan menganalisis data. Komponen yang paling penting dalam sistem gudang data ialah pencapaian semula data, penganalisisan, pengekstrakan, pemindahan, pemuatan dan pengurusan kamus data. Kini, takrifan gudang data diperluas lagi dengan memasukkan peralatan kecerdasan perniagaan, peralatan untuk mengekstrak dan memindahkan data ke dalam repositori, peralatan untuk mengurus serta mencapai semula metadata. |
repository | repositori | Perubatan | Tiada | Tiada |
central repository | repositori pusat | Teknologi Maklumat | Tiada | Pangkalan data bagi perisian CASE yang menyimpan dan mengemas kini maklumat tentang sistem yang sedang dibangunkan. |
clinical data repository | repositori data klinikal | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Pangkalan data masa sebenar, yang menerima data dari pelbagai sumber klinikal dan memberikan gambaran menyeluruh tentang seseorang pesakit. Pangkalan data ini dioptimumkan agar pengamal perubatan dapat mencapai data pesakit secara individu berbanding kesemua pesakit yang mempunyai ciri yang sama bagi memudahkan pengurusan sesebuah jabatan klinikal. Antara data yang terdapat dalam pangkalan data ini ialah keputusan ujian makmal klinikal, demografik pesakit, maklumat farmasi, laporan radiologi dan imej, laporan patologi, tarikh masuk, keluar dan perpindahan hospital dan nota kemajuan pesakit. |
learning object repository (LOR) | repositori objek pembelajaran (LOR) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perpustakaan digital yang menyimpan, mengurus dan mengongsi sumber pembelajaran atau objek pembelajaran. Objek-objek ini berbentuk kuiz, persembahan slaid, imej, klip video, dokumen atau fail yang digunakan sebagai bahan pembelajaran dan kandungan kursus bagi pembelajaran dalam talian. |
IRDS (information repository dictionary system) | IRDS (sistem perkamusan repositori maklumat) | Teknologi Maklumat | Tiada | Perisian yang digunakan untuk mengurus dan mengawal capaian maklumat. |
data dictionary | kamus data | Teknologi Maklumat | Perisian | Repositori terpusat bagi maklumat mengenai data seperti pengertian, hubungan dengan data lain, asal data, penggunaan dan format. Istilah ini mempunyai beberapa maksud yang sangat berkait rapat mengenai pangkalan data dan sistem pengurusan pangkalan data (DBMS). Peranan utama kamus data pada peringkat bawah adalah untuk menyokong fungsi asas DBMS. Dalam pembangunan aplikasi pangkalan data, perisian kamus data yang dikenali sebagai perisian tengah diperlukan untuk berhubung dengan kamus data DBMS. Kamus data pada peringkat tinggi menawarkan fitur tambahan dan darjah kefleksibelan yang tinggi. Oleh itu, kamus data pada peringkat tinggi boleh menyediakan model entiti-hubungan (E-R model) yang direka dan sesuai dengan pelbagai aplikasi tetapi berkongsi pangkalan data yang sama. |
data lake | tasik data | Teknologi Maklumat | Tiada | Repositori storan yang menyimpan sejumlah besar data mentah dalam format asal. |
receptacle | reseptakel | Perubatan | Tiada | Organ yang digunakan sebagai repositori. |