capillary rise | bubungan rerambut | Hidrologi | Tiada | (1) Naiknya cecair dalam suatu tiub rerambut yang terbenam di dalam cecair, diukur dari paras permukaan cecair yang di luar. (CID) (2) Naiknya air atas dari permukaan freatik melalui tindakan kererambutan. (CID) |
capillary attraction | tarikan rerambut | Perubatan | Tiada | 1. Keadaan disebabkan ketegangan permukaan, terdapat peninggian atau penurunan permukaan cecair yang bersentuhan dengan pepejal . |
electrokinetic potential | keupayaan elektrokinetik | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : 1. keupayaan elektroturasan 2. keupayaan arusan Perbezaan keupayaan yang wujud akibat aliran elektrolit menerusi bahantara yang poros yang terbina daripada bahan bukan logam. Keupayaan ini timbul dalam arah merentas suatu rerambut. ion-ion yang terdapat dalam lorong laluan akan terus terbawa pergi oleh bendalir yang menyerbu masuk sehingga menyebabkan berlakunya penyesaran cas. Masing-masing hujung rerambut yang berkenaan akan mempunyai cas-cas yang berlawanan di antara satu dengan yang lain. keupayaan ini adalah satu daripada juzuk yang membina keupayaan diri. Bagi kes formasi yang telah digerudi, keupayaan ini boleh wujud akibat pergerakan lumpur gerudi masuk melantasi kek lumpur atau formasi yang telap. |
meniskus | meniskus | Fizik | Mekanik | 1 (cecair) Permukaan turus cecair yang berbentuk cekung atau cembung disebabkan tindakan rerambut. 2 (kanta) Kanta cembung-cekung atau cekung-cembung. |
rare-gas nanocluster | nanogugusan gas nadir | Fizik | Nanoteknologi | Kelompok zarah halus pelbagai saiz antara 1 nm - 10 nm yang dihasilkan daripada gas nadir seperti kripton, xenon, argon, atau helium, menerusi pengembangan adiabatik yang mengalir keluar dari tiub rerambut kecil melalui jet supersonik ke dalam vakum. Nanogugusan gas nadir dihasilkan bagi tujuan kajian asas menggunakan spektrometer jisim. Nanogugusan gas argon atau helium disuap masuk ke dalam sistem vakum untuk menghasilkan filem tipis nanogugusan menggunakan percikan magnetron. |
isolated pore | pori terpencil | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Pori yang wujud bersendirian, terpisah daripada pori-pori lain. pori seperti ini biasanya wujud dalam butiran dan boleh disebut sebagai pori jenis ia butiran. 2) Pori jenis saling bersambungan tetapi sangat kecil sehingga bendalir yang sedia terdapat di dalamnya tidak dapat bergerak disebabkan oleh tarikan daya rerambut. Oleh itu, walaupun pori ini bersambungan dengan pori jiran tetapi dari segi sifat pengaliran bendalir, kesannya sama dengan kesan yang diberikan oleh pori yang wujud bersendirian. |
Weber number | nombor Weber | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Nisbah tegasan inersia terhadap tegasan permukaan yang diungkapkan sebagai dengan We = nombor Weber, r = ketumpatan (kg/m3), s = tegasan permukaan (N/m), D = garis pusat (km), = halaju purata (ms/), gc = 1 kgm/Ns2. Nombor tak bermatra ini mencirikan pengaruh tegasan permukaan ke atas sesuatu aliran. Bagi aliran bebas atau aliran saput cecair, nombor Weber digunakan untuk menandakan bermulanya gelombang rerambut yang berpunca daripada tegasan permukaan. |
effective hydraulic conductivity | kekonduksian hidraulik efektif | Hidrogeologi | Tiada | Kemampuan tanih atau batuan yang tak tepu untuk meneruskan air atau cecair lain. Ini ialah kadar pengaliran air melalui suatu medium berliang yang mengandungi lebih dari satu bendalir, dan harus ditentukan mengikut jenis dan kandungan bendalir dan tekanan yang sedia ada (USGS). Cecair ini harus bergerak melalui dan dalam badan yang mengelilingi titik sentuh butiran batuan, kerana ruang antara yang lebih besar sebahagiannya terisi udara atau gas lain dan bukan cecair. Oleh itu, untuk air, kekonduksian bertambah dengan kandungan lengas, dari sifar pada bahan yang benar-benar kering hingga paras maksimum sama dengan kekonduksian hidraulik tepu. (Dimensi: LT-1) Ruj.: Lohman drr. 1972 Sin.: kekonduksian rerambut, ketelapan efektif, ketelapan nisbi |