dressed ore | bijih riau | Geologi | Tiada | Tiada |
bard | bujangga | Kesusasteraan | Puisi | Orang yang cukup dihormati dan disanjungi kerana kepandaiannya menggubah dan mencipta sama ada pantun, syair, gurindam dan juga sajak. Raja Ali Haji merupakan seorang bujangga/pujangga Melayu terkenal pada zaman kerajaan Melayu Riau. |
gamelan Melayu | gamelan Melayu | Muzik | Tiada | Ensembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang diperkembang di istana Pahang dan Terengganu pada abad ke-19 dan abad ke-20. Pada tahun 1811, satu set gamelan dan penari dari Riau-Lingga telah dihantar ke Pahang untuk meraikan perkahwinan antara keluarga diraja Riau-Lingga dengan keluarga bendahara di Pahang. Pada tahun 1913, gamelan Pahang dan penarinya dipindahkan ke istana Terengganu apabila Tengku Ampuan Mariam, anak perempuan raja Pahang berkahwin dengan Sultan Sulaiman dari Terengganu. Pergerakan tarian, pakaian dan sistem tiunan berbeza dengan tradisi gamelan Jawa. Skel pentato |
terasul | terasul | Kesusasteraan | Tiada | Kitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Kitab terasul dianggap sebagai esoterik kerana sifat kerahsiaannya. Terasul tidak disebarkan dalam kalangan orang awam. Terasul hanya digunakan oleh jurutulis di balai pustaka istana sebagai panduan menulis surat yang betul. Hampir setiap negeri memiliki kitab terasulnya sendiri. Contohnya, terasul Kedah, Terengganu, Palembang, Riau, dan Borneo. Salah satu contoh kitab terasul yang terawal ditulis pada abad ke-18 oleh jurutulis, Abd. Kadir ibn al-Khatib di Palembang. Contoh terasul yang mutakhir terdapat dalam kitab Bustan al-Katibin yang ditulis di Riau oleh Raja Ali Haji pada tahun 1857. Terasul juga merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan, dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya, penggunaan terasul dalam majlis perbincangan beradat seperti upacara pertunangan. Terasul dikenali juga sebagai teromba. Lihat juga teromba. |
triadic network | jaringan tiga serangkai | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan kerjasama yang melibatkan tiga negara dan memiliki hak serta peranan yang sama dalam aspek tertentu seperti ketenteraan, ekonomi, kebudayaan dan sosial. Kerjasama ini dibuat sebagai usaha untuk memupuk hubungan baik menjaga kepentingan bersama dan mendapatkan faedah atau keuntungan daripada hubungan tersebut. Contohnya, kerjasama MAPHILINDO antara Malaysia, Filipina dan Indonesia pada tahun 1960-an, SIJORI iaitu kerjasama antara Singapura, Johor dan Riau serta kerjasama BIMP-EAGA antara Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia. Sinonim rangkaian tiga serangkai. |
randai | randai | Muzik | Tiada | Dramatari rakyat dalam masyarakat Minangkabau yang terdiri daripada gerak tari, nyanyian, muzik instrumental, penceritaan dan lakonan. Tariannya berdasarkan gerakan pencak silat dan ditarikan dalam bentuk bulatan. Ensembel muzik yang mengiringi randai ialah caklempong pacik, katindiek, adok, serunai dan pupuik gadang. Randai dipersembahkan dalam upacara adat dan hiburan serta masih popular di Sumatera Barat, Riau dan Malaysia. |
classic | klasik | Kesusasteraan | Tiada | Kategori karya sastera yang bermutu tinggi yang lahir daripada tamadun Yunani dan Romawi. Karya sastera diakui memiliki keunggulan dan kehebatan sepanjang zaman. Karya sastera klasik bukan sahaja menampilkan pemikiran yang besar tetapi juga memperlihatkan estetik seni yang tinggi bagi bangsa yang melahirkannya. Biasanya, pengarang yang menghasilkan karya klasik merupakan seniman yang mewakili genius zaman silam bagi bangsa berkenaan. Antara karya yang dianggap klasik dalam sejarah kesusasteraan Barat termasuklah karya Homer, Iliad dan Odyssey dan karya karangan Shakespeare bertajuk Hamlet dan Romeo and Juliet. Karya Jane Austen berjudul Pride and Prejudice merupakan contoh karya klasik dalam sejarah kesusasteraan Inggeris. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, karya yang dianggap klasik umumnya muncul atau lahir dalam era kesusasteraan istana di Pasai, Aceh dan Johor-Riau. Karya berkenaan merupakan nukilan pengarang istana yang dianggap sebagai golongan genius Melayu pada zaman silam. Antara karya yang penting |