Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ribawi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
riba’ribaPerniagaan IslamTiadaLebihan, tambahan, tidak sama timbangan atau sukatan pada masa berlaku pertukaran barang ribawi dan hukumnya adalah haram. Barang ribawi terdiri daripada wang, iaitu emas, perak atau sebarang mata wang dan bahan makanan seperti bijirin, gandum, garam, daging dan buah-buahan. Riba boleh berlaku dalam urusan hutang piutang dan jual beli bahan ribawi. Riba jual beli terbahagi kepada riba’ yad atau riba’ nasi’ah dan riba’ fadhl. Riba hutang piutang pula terdiri daripada riba’ qard dan riba’ jahiliah.
usury goodsbarang ribawiEkonomiEkonomi IslamBarang yang memerlukan kaedah urus niaga khas untuk mengelakkan berlakunya riba. Barang tersebut ialah emas, perak, kurma, garam, gandum dan barli. Pertukaran yang melibatkan barang yang sejenis perlu memenuhi syarat, seperti kesamaan berat dan ukuran, dan pertukaran serentak. Contohnya, emas dengan emas atau kurma dengan kurma. Pertukaran yang melibatkan barang ribawi yang berlainan jenis pula hanya perlu ditukar secara serentak. Contohnya, emas dengan perak atau gandum dengan barli. Barang-barang lain yang mempunyai ‘illah atau ciri-ciri barang ribawi boleh juga dikategorikan sebagai barang ribawi seperti beras.
riba' yadriba yadPerniagaan IslamTiadaTangguhan penerimaan serahan produk yang berlaku dalam pertukaran barangan ribawi yang dilakukan secara tunai sama ada yang sama atau berbeza jenis dan mempunyai ilat produk ribawi yang sama tanpa disebut tempoh tangguhan yang tertentu. Penjenisan riba' yad diterima oleh mazhab Syafii, manakala mazhab Hanafi menyamakankan riba ini seperti riba’ nasi’ah.
riba' nasi'ahriba nasiahPerniagaan IslamTiadaPenangguhan penyerahan atau penerimaan produk ribawi yang sama atau berbeza jenis daripada pihak berkontrak pada waktu yang berbeza. Contohnya, pihak A dan B berurus niaga secara barter melibatkan beras dengan beras, atau beras dengan gandum, tetapi penyerahan salah satu pihak telah ditangguhkan. Urus niaga ini termasuk dalam riba' nasi'ah. Dalam mazhab Syafii, riba' nasi'ah dan riba' yad hanya berlaku bagi pertukaran produk ribawi yang berbeza jenis sahaja.
riba' fadlriba fadluPerniagaan IslamTiadaTambahan atau lebihan yang berlaku dalam pertukaran serentak pada salah satu daripada dua jenis produk ribawi yang sama jenis dan mempunyai ilat yang sama. Urus niaga ini dilakukan secara sistem barter, iaitu pertukaran produk dengan produk. Contohnya, pertukaran satu gantang beras berkualiti dengan satu setengah gantang beras yang kurang berkualiti. Lebihan setengah gantang beras itu dianggap riba fadlu. Penyelesaian riba ini adalah secara jual beli dengan menggunakan wang atau jual beli bahan ribawi yang memenuhi 3 syarat, iaitu persamaan sukatan atau timbangan, serah terima dalam majlis akad dan pertukaran tidak dibuat secara bertangguh.
المزابنةjual muzabanaṯAgama IslamFiqhJualan sesuatu barang (ribawi) dengan barang yang sejenis dengannya secara andaian dari segi kadarnya.
bai‘ salamjual beli salamPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang dilakukan dengan bayaran tunai semasa akad, manakala penyerahan produk ditangguhkan. Jual beli salam hanya bagi produk yang dapat disifatkan secara tepat dari segi bentuk, bilangan, jenis, kualiti dan bukan daripada produk jenis ribawi. Jual beli tempahan juga termasuk dalam jual beli salam sekiranya bayaran diserahkan terlebih dahulu dan produk yang ditempah diterima kemudian. Sekiranya produk belum ada dan tidak yakin boleh disediakan, jual beli ini ditegah dan dikenali sebagai bai‘ ma‘dum. Jual beli salam merupakan pengecualian daripada prinsip am jual beli kerana produk yang hendak dijual belum ada dalam pemilikan penjual, tetapi penjual berkeupayaan untuk menyediakannya. Sinonim bai‘ salaf.
taqbudunjuk terimaPerniagaan IslamTiadaPenyerahan harta yang dilakukan oleh pihak yang berakad. Contohnya, penyerahan harta dan balasan dalam akad jual beli tunai atau bertangguh, penyerahan harta dalam akad hibah dan penyerahan faedah kenderaan dalam akad ijarah. Dalam akad jual beli yang melibatkan harta ribawi, taqbud mesti berlaku serentak bagi mengelakkan berlakunya riba yad atau riba nasi’ah.
ta’jiltangguh bayaranPerniagaan IslamTiada1. Proses penangguhan pembayaran dalam akad jual beli. Lihat juga bai‘ bithaman ajil. 2. Proses penangguhan tempoh pembayaran hutang asal kepada tempoh lain yang dipersetujui. Ta’jil diharuskan dengan syarat dipersetujui kedua-dua belah pihak, iaitu pemiutang dan penghutang tanpa sebarang faedah. Penangguhan bayaran diharuskan dalam hal yang bukan bahan ribawi.

Kembali ke atas