compound eye | mata majmuk | Geologi | Tiada | Mata serangga dan krustasea yang mengandungi antara puluhan hingga ribuan unit penglihatan yang dinamai omatidium. |
distributional numeral | kata bilangan kelompok | Linguistik | Tiada | Kata bilangan yang merujuk kepada kumpulan yang terdiri daripada anggota yang tertentu bilangannya. Contohnya, ribuan, ratusan, puluhan, jutaan, dua-dua dan tiga-tiga. |
carbon fibre | gentian karbon | Kesenian | Seni Bina | Gentian yang terdiri daripada atom karbon atau grafit yang sangat halus, berdiameter antara 0.005 hingga 0.010 mm. Ribuan gentian karbon dipintal bersama-sama untuk membentuk yarn yang bersifat ringan, kuat dan kukuh serta tahan lasak. Gentian karbon biasanya boleh ditenun membentuk fabrik. Gentian ini boleh digunakan sebagai bahan asas untuk memperkuat membran termasuk bahan yang digunakan sebagai kemasan seperti pada dinding panel penghadang dan perabot. |
mesoscopic | mesoskopik | Fizik | Nanoteknologi | Sistem yang saiznya berada dalam julat sekitar 10(2) nm - 10(3) nm, iaitu antara sistem mikroskopik dengan makroskopik. Sistem ini mengandungi ribuan atom atau molekul yang dapat berinteraksi secara mekanik kuantum. Walaupun sistem mesoskopik bersaiz kecil, sistem ini mengandungi atom atau molekul yang mencukupi untuk menentukan purata ketumpatan, cas, suhu, entropi, dan lain-lain. |
polymer | polimer | Herba | Fitokimia | Molekul besar yang terdiri daripada subunit berulang yang diikat antara satu sama lain dengan ikatan kimia. Contohnya, kanji ialah polimer yang terbina daripada ribuan unit glukosa. |
DNA probe | prob DNA | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Molekul bebenang tunggal DNA yang mempunyai susunan bes khusus yang ditandakan dengan isotop radioaktif atau sebatian imunologi. Prob DNA digunakan sebagai penanda untuk mengesan kehadiran sesuatu gen dalam sampel yang dikaji. Julat saiz prob DNA adalah antara puluhan hingga ribuan bes. |
air mass | jisim udara | Sains | Hidrometeorologi | Badan udara yang mempunyai perbezaan suhu dan kelembapan mendatar yang kecil. Badan ini terpisah daripada badan udara yang bersebelahan oleh suatu zon peralihan (perenggan) yang agak nyata dan mempunyai perbezaan suhu dan kelembapan mendatar yang besar. Dimensi mendatar jisim udara ini biasanya beratus-ratus kilometer ataupun mungkin ribuan kilometer. Bagaimanapun, istilah ini digunakan juga bagi fenomena yang berskala lebih kecil seperti bayu laut. Kehomogenan dalam badan udara ini dihasilkan kerana sentuhan berlarutan di kawasan punca dengan permukaan di bawah yang mempunyai suhu dan kelembapan yang seragam. Kawasan punca utama ialah kawasan terdapatnya antisiklon tetap atau separa tetap dengan sempadan yang tidak dapat ditentukan � yang merupakan ciri utama peredaran umum � antisiklon subtropika dan kutub serta antisiklon benua di musim sejuk. Perubahan perlahan sifat-sifat jisim udara yang terjadi di kawasan punca mengakibatkan gerakan udara yang berikutan dari kawasan tersebut, terutamanya melalui |
air mass | jisim udara | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Badan udara yang mempunyai perbezaan suhu dan kelembapan mendatar yang kecil. Badan ini terpisah daripada badan udara yang bersebelahan oleh suatu zon peralihan (perenggan) yang agak nyata dan mempunyai perbezaan suhu dan kelembapan mendatar yang besar. Dimensi mendatar jisim udara ini biasanya ratusan kilometzer ataupun mungkin mencapai ribuan kilometer. Bagaimanapun, istilah ini digunakan juga bagi fenomena yang berskala lebih kecil seperti bayu laut. Kehomogenan dalam badan udara ini dihasilkan kerana sentuhan berterusan di kawasan punca dengan permukaan di bawah yang mempunayi suhu dan kelembapan yang seragam. Kawasan punca utama ialah kawasan terdapatnya antisiklon kekal atau separa kekal dengan sempadan yang tidak dapat ditentukan, yang merupakan ciri utama perdaran umum, antisiklon subtropika dan kutub serta antisiklon benua di musim sejuk. Perubahan perlahan sifat-sifat jisim udara yang diperolehi |