Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rin.ti/] | رينتيق

Definisi : 1. titik-titik pd dasar yg lain warnanya, bintik, kurik: ~-~ putih pd kulit; anak singa mempunyai belang serta ~-~ yg samar; kuda ~ kuda yg bulunya ada rintik-rintik; 2. titik (percik air dll), titis: ~ embun; ~ hujan; hujan ~(-~) hujan renyai, gerimis; bapa borek anak ~ prb anak itu mengikuti kelakuan dll orang tuanya; berintik, berintik-rintik berbelang kecil-kecil, berbintik-bintik, kurik: kain tapak biru ~ hijau; merintik-rintik bertitik-titik, me­nitis: embun mulai ~; peluh ~ di keningnya; air hujan masih juga ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.ti/] | رينتيق

Definisi : 1 titik-titik atau kurik pd dasar warna yg lain (spt pd bulu ayam, pd kulit); bintik. 2 percik air dll; titik (embun, hujan dll): ~ embun; ~ hujan. berintik, berintik-rintik terdapat rintik-rintik pdnya; berbintik-bintik. merintik menitik (bkn air embun dll); menitis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rintik (kata nama)
1. Bersinonim dengan bintik: kurik

2. Bersinonim dengan titis: titis, percikan, renjisan,

Kata Terbitan : berbintik-bintik, merintik-rintik,

Puisi
 

Turun hujan rintik-rintik,
     Tumbuh cendawan gelang kaki;
Kami sepantun telur itik,
     Kasih ayam baharu jadi.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(2)

177

As is the father so is the son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bapa borek anaknya tentu rintik

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! As is the father so is the son , indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bapa borek anaknya tentu rintik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
blisteringpelepuhan; lepuhanKesenianTiada2. Lepuhan: Rintik-rintik gelembung pada lukisan atau lukisan cat.
rintikrintikKesenianSeni Batik1. Proses membuat sarang rintik dengan memotong kepingan logam halus-halus dan kemudian dipateri. 2. Corak titik-titik pada tanah kain yang diperoleh dengan memukulkan sarang rintik.
pukul rintikpukul rintikKesenianSeni BatikPukul terakhir, jika perlu, dengan menggunakan sarang rintik untuk memperoleh corak rintik pada tanah kain, basanya dilakukan pada batik sarung.
sarang rintiksarang rintikKesenianSeni BatikSarang yang mempunyai corak titik-titik halus yang digunakan untuk memukul lilin untuk memperoleh corak rintik pada tanah kain. blok rintik.
blok rintikblok rintikKesenianSeni Batiklih. sarang rintik.
rintik cengkihrintik cengkihKesenianTiadaCorak batik berunsur tumbuhan bermotif bunga cengkih.
rintik cabairintik cabaiKesenianTiadaCorak batik berunsur tumbuhan bermotif cabai.
rintik tiga setompokrintik tiga setompokKesenianTiadaCorak batik berunsur geometri bermotif tiga titik dan bertompok-tompok.
rintik lima setompokrintik lima setompokKesenianTiadaCorak batik berunsur geometri bermotif lima titik dan bertompok-tompok.
anabasisanabasisKesusasteraanPuisiGaya klimaks, iaitu membentuk beberapa gagasan berturutan yang semakin jelas kesan pernyataannya. Contohnya, petikan gurindam 'Hari Nak Siang'. Tengah malam sudah terlampau, Dinihari belum lagi tampak, Budak-budak dua kali jaga; Orang muda pulang bertandang: Orang tua berkalih tidur; Embun jantan rintik-rintik, ...
123

Kembali ke atas