blistering | pelepuhan; lepuhan | Kesenian | Tiada | 2. Lepuhan: Rintik-rintik gelembung pada lukisan atau lukisan cat. |
anabasis | anabasis | Kesusasteraan | Puisi | Gaya klimaks, iaitu membentuk beberapa gagasan berturutan yang semakin jelas kesan pernyataannya. Contohnya, petikan gurindam 'Hari Nak Siang'. Tengah malam sudah terlampau, Dinihari belum lagi tampak, Budak-budak dua kali jaga; Orang muda pulang bertandang: Orang tua berkalih tidur; Embun jantan rintik-rintik, ... |
rintik | rintik | Kesenian | Seni Batik | 1. Proses membuat sarang rintik dengan memotong kepingan logam halus-halus dan kemudian dipateri. 2. Corak titik-titik pada tanah kain yang diperoleh dengan memukulkan sarang rintik. |
pukul rintik | pukul rintik | Kesenian | Seni Batik | Pukul terakhir, jika perlu, dengan menggunakan sarang rintik untuk memperoleh corak rintik pada tanah kain, basanya dilakukan pada batik sarung. |
sarang rintik | sarang rintik | Kesenian | Seni Batik | Sarang yang mempunyai corak titik-titik halus yang digunakan untuk memukul lilin untuk memperoleh corak rintik pada tanah kain. blok rintik. |
blok rintik | blok rintik | Kesenian | Seni Batik | lih. sarang rintik. |
rintik cengkih | rintik cengkih | Kesenian | Tiada | Corak batik berunsur tumbuhan bermotif bunga cengkih. |
rintik cabai | rintik cabai | Kesenian | Tiada | Corak batik berunsur tumbuhan bermotif cabai. |
rintik tiga setompok | rintik tiga setompok | Kesenian | Tiada | Corak batik berunsur geometri bermotif tiga titik dan bertompok-tompok. |
rintik lima setompok | rintik lima setompok | Kesenian | Tiada | Corak batik berunsur geometri bermotif lima titik dan bertompok-tompok. |