Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.si.ko] | ريسيکو

Definisi : 1. kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat bahaya atau ke­rugi­an: seorang sahaja yg menanggung ~ per­niagaan ini; mengambil ~ melakukan sesuatu tanpa mempedulikan kemungkinan-ke­mung­kinan bahaya; 2. akibat atau hasil yg kurang menyenangkan (drpd sesuatu tindakan dll), padah: mogok itu senang tetapi ~nya besar; berisiko mempunyai (menghadapi) risiko (bkn perniagaan, pelaburan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.si.ko] | ريسيکو

Definisi : kemungkinan mengalami kerugian, bahaya dll: Dlm kehidupan sehari-hari, kita sering terdedah kpd berbagai-bagai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
risiko (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan bahaya, ancaman, padah, akibat.,

Peribahasa

335

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Pukul anjing tengok-tengok tuannya

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi pukul anjing tengok-tengok tuannya . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(21)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
risk managementpengurusan risikoTeknologi MaklumatPerisianProses pengurusan risiko bagi pembangunan sistem yang melibatkan penilaian risiko, pengenalpastian risiko, keutamaan dan analisis risiko, kawalan risiko, perancangan pengurusan risiko serta pemantauan dan resolusi risiko. Pengurusan ini bertujuan untuk memastikan sistem yang dibangunkan menepati spesifikasi perisian yang telah ditetapkan.
enterprise risk managementpengurusan risiko usaha niagaPengurusanPerancanganProses pengurusan risiko yang melibatkan aktiviti dalam organisasi untuk meminimumkan kesan risiko secara menyeluruh terhadap modal, pulangan serta keuntungan organisasi. Pengurusan risiko usaha niaga mengambil kira risiko kerugian yang tidak dijangka, termasuk risiko kewangan, strategik, operasi dan pelbagai risiko lain. Lihat juga pengurusan risiko.
risk managementpengurusan risikoPengurusanPerancanganTindakan yang dilakukan oleh pihak pengurusan organisasi terhadap risiko yang dihadapi, dengan mengenal pasti dan menganalisis situasi yang mungkin mendatangkan kesan terhadap kedudukan dan prestasi organisasi. Pengurusan risiko dilaksanakan bertujuan untuk membantu organisasi membuat keputusan atau mengambil tindakan dengan lebih berhati-hati bagi mengelakkan atau mengurangkan implikasi negatif kesan daripada risiko yang dihadapi. Elemen utama dalam pengurusan risiko ialah pengenalpastian risiko, menilai risiko, tindakan mengurangkan risiko, dan memantau kesan serta tahap risiko.
pure riskrisiko tuleninsuransTiadaDalam keadaan risiko tulen, tidak terdapat kemungkinan untuk mendapat keuntungan. Risiko ini berbeza dengan risiko spekulatif.
pure riskrisiko tulenPentadbiran PerniagaanTiadaDalam keadaan risiko tulen, tidak terdapat kemungkinan untuk mendapat keuntungan. Risiko ini berbeza dengan risiko spekulatif.
import risk analysis (IRA)analisis risiko import (IRA)PerikananAkuakulturProses mengenal pasti isu-isu yang berpotensi memberi impak negatif terhadap pengimportan haiwan akuatik dan produk-produk berkaitan. Antara langkah-langkah yang terlibat dalam proses ini adalah melaksanakan soal selidik penilaian risiko, mengenal pasti risiko, menganalisis risiko, membangunkan dan melaksanakan pelan pengurusan risiko serta membuat pemantauan. Hasil IRA dapat membantu organisasi yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk meluluskan atau menolak pengimportan haiwan atau produk haiwan, di samping mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko pengimportan tersebut.
Treynor indexindeks TreynorPentadbiran PerniagaanTiadaUkuran terlaras risiko yang digunakan untuk mengukur prestasi portfolio yang didapati dengan membahagikan premium risiko dengan risiko sistematik.
preferred riskrisiko terpilihinsuransTiadaRisiko yang dianggap lebih baik daripada risiko standard. Pengiraan kadar premium adalah berdasarkan risiko standard tersebut.
risk premiumpremium risikoPentadbiranTiadaPulangan tambahan terhadap kadar bebas risiko bagi mengimbangi risiko yang terpaksa ditanggung.
risk takerpenggemar risikoPentadbiranTiadaSikap pelabur yang suka mengambil risiko dan berkesanggupan menanggung risiko berkanaan wakaupun menjangka akan menerima hanya sedikit pulangan tambahan.
12345678910...

Kembali ke atas