curtain rod | rod langsir; rod tabir; rod tirai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
pony rod | rod keldai | Kejuruteraan | Petroleum | 1) Rod penyedut yang digunakan pada pam rod penyedut yang panjangnya kurang daripada 25 kaki. 2) Rod yang disambungkan ke rod penghubung dan rod omboh dalam pam lumpur. |
polished rod | rod tergilap | Kejuruteraan | Petroleum | Bahagian paling atas rentetan rod penyedut yang digunakan untuk mengangkat bendalir dari dasar telaga ke permukaan dengan kaedah pengepaman rod. Rod ini mempunyai garis pusat yang seragam dan digilap dengan licin bagi mengurangi geseran semasa bergerak dan supaya pengedapan tekanan di kotak asakan yang dipasang di bahagian atas kepala telaga akan lebih berkesan. Dengan demikian, kecekapan pengepaman rod meningkat dan tidak terjadi kebocoran tekanan di kepala telaga. |
sucker rod | rod penyedut | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : rod Rod keluli yang khusus dibuat sesuai dengan ketentuan piawai dimensi dan ketentuan logam yang dikehendaki oleh piawaian API. Panjangnya 25 kaki atau 30 kaki dan garis pusatnya berkisar antara ½ inci hingga 1 1/8 inci. Setiap hujungnya mempunyai ulir yang boleh diskrukan di antara satu sama lain bagi membentuk rentetan rod penyedut yang diperlukan oleh sistem pengepaman rod penyedut. |
tail out rod | rod keluar ekor | Kejuruteraan | Petroleum | Menarik dasar rod penyedut menjauhi telaga bila rod telaga direbahkan di permukaan. Dilakukan untuk tujuan perawatan, servis atau membawa rod berkenaan ke tempat yang jauh dari telaga iaitu tempat rod telah digunakan. |
regulating rod | rod pengawal | Fizik | Atom dan Nuklear | Rod yang mempunyai kesetaraan kereaktifan kecil dan digunakan untuk melakukan pelarasan halus kepada kereaktifan reaktor nuklear. Rod tersebut biasanya bergerak lebih cepat daripada rod syim dan mempunyai nilai kereaktifan kurang daripada satu dollar. Lihat juga rod syim. |
safety rod | rod keselamatan | Fizik | Atom dan Nuklear | Rod kawalan yang digunakan untuk mengurangkan kereaktifan reaktor nuklear dalam keadaan kecemasan dan semasa baik pulih. Rod tersebut mempunyai kereaktifan yang besar dan boleh digerakkan dengan cepat. Sinonim rod pemenggal. |
shim rod | rod syim | Fizik | Atom dan Nuklear | Satu atau beberapa rod pengawal yang mempunyai kesetaraan kereaktifan tinggi untuk kawalan longgar kuasa reaktor nuklear. Rod tersebut digunakan untuk menaikkan kuasa reaktor menghampiri aras kuasa yang diperlukan dan membuat penyesuaian berkala kepada aras kuasa untuk memampas pengurangan bahan bakar atau keracunan. Pergerakan rod syim adalah perlahan untuk mengelakkan perubahan yang membahayakan pada aras kuasa reaktor tersebut. |
pony rod | rod pendek | Kejuruteraan | Tiada | Rod penyedut yang lebih pendek daripada rod yang lazim. |
sucker rod | rod penyedut | Kejuruteraan | Tiada | Rod keluli yang digunakan dalam sistem pengepaman rod penyedut. |