Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ruap] | رواڤ

Definisi : Mn buih: apabila ~nya sudah dibuang, masukkanlah ubi, dll; ~ (dan) sampah = ~ (dan) hampar ki orang yg sangat hina dlm masyarakat, orang terbuang, sampah masya­rakat; meruap 1. Mn berbuih, membuih: air sabun itu ~; 2. mendidih dan melimpah, meluap (nasi dll), membual dan berbuih-buih (air soda dll yg dituang dlm gelas): nasi yg ditanaknya itu ~; gulai (sayur) ~ gulai (sayur) melimpah kerana mendidih; 3. = meruap-ruap men­jadi-jadi perasaannya (geram dll), meluap-luap, menyala-nyala: semangat orang akan ~ dan menyala lagi; perasaan manusia yg hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah menjadi bangsa yg merdeka; darah ~ naik ke muka; ~ darahnya marah sekali; 4. men­jadi wap (mengewap) kerana dipanaskan: ~ kerana kena panas; 5. menyombong, ber­cakap besar (membual): jangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri; 6. merebak (bau dll): dr dapur, ~ bau gulai ayam yg membuka selera; 7. (Kim) cepat menjadi wap pd suhu bilik (bkn pepejal atau cecair); kemeruapan 1. (Kim) keadaan atau sifat sesuatu bahan atau cecair yg cepat bertukar menjadi wap: setiap pecahan minyak mentah mengandungi alkana yg mempunyai ke­likatan dan ~ yg berbeza; 2. (Eko) darjah perubahan harga sesuatu sekuriti atau pasaran sama ada menaik atau menurun dgn cepat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ruap] | رواڤ

Definisi : gelembung-gelembung putih pd benda cair; buih. meruap 1 mengeluarkan buih; menjadi spt buih; membuih: Air sabun itu ~. 2 mendidih dan melimpah; meluap spt air soda yg dituang dll: Bir itu ~ apabila dituang ke dlm gelas. 3 ki menjadi-jadi atau bertambah-tambah (bkn perasaan, spt marah); meluap: Semangat utk berjuang ~-ruap di dadanya. kemeruapan keadaan atau sifat meruap (bkn bahan atau cecair yg cepat bertukar menjadi wap): Bahan-bahan tsb mempunyai kelikatan dan ~ yg berbeza. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ruap
Kata Terbitan : meruap, meruap-ruap,

Puisi
 

Selasih meruap-ruap,
     Anak tempua terbang ke Jeddah;
Kasih boleh dibuat-buat,
     Hendak mesra bukannya mudah.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
volatile memoryruap)KomputerTiadaTiada
volatile memoryruap)MatematikTiadaTiada
volatile memoryruap)KejuruteraanTiadaTiada
expansion pipepaip ruapKesenianTiadaTiada
rumen fermentationpenapaian rumenVeterinarPraklinikalPencernaan dalam rumen oleh mikrob seperti bakteria dan protozoa yang menghasilkan enzim; selulase untuk mencerna selulos. Penapaian rumen berlaku dalam persekitaran anaerobik. Contohnya; penapaian karbohidrat dalam makanan ruminan. Hasil daripada penapaian karbohidrat ini ialah asid lemak ruap.

Kembali ke atas