Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rumahnya

Puisi
 

Rumahnya kecil paranya lima,
     Hendak sayat ikan tenggiri;
Adik kecil mari bertanya,
     Berapa harga intan di jari?


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Duduk berkurung siang malam.

Bermaksud :

Orang yang tak keluar-keluar dari rumahnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)

556

There's no accounting for tastes

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Kepala sama hitam hati lain-lain.

I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan epala sama hitam hati lain-lain.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(16)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
evacueepemindahSejarahTiadaOrang yang dikeluarkan dari rumahnya sendiri atau dari masyarakatnya sewaktu peperangan atau keadaan berbahaya sebagai langkah perlindungan.
subscription televisiontelevisyen langgananKomunikasiTiadaSistem televisyen yang memerlukan penonton membayar perkhidmatan siaran yang disalurkan ke rumahnya.
increased hazardbahaya meningkatPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi insurans harta ditetapkan bahawa perlindungan akan digantung sekiranya bahaya dalam risiko yang dinsuranskan bertambah melebihi tahap yang dijangkakan semasa polisi dikeluarkan. Contoh: jika tuan punya rumah kediaman membuat bahan letupan di rumahnya, bahaya bagi rumah tersebut akan bertambah, dan sekiranya kerugian berlaku tuntutan akan ditolak oleh insurer.
increased hazardbahaya meningkatinsuransTiadaPolisi insurans harta ditetapkan bahawa perlindungan akan digantung sekiranya bahaya dalam risiko yang diinsuranskan bertambah melebihi tahap yang dijangkakan semasa polisi dikeluarkan. Contoh: jika tuan punya rumah kediaman membuat bahan letupan di dalam rumahnya, bahaya bagi rumah tersebut akan bertambah, dan sekiranya kerugian berlaku tuntutan akan ditolak oleh insurer.
latent learningpembelajaran terpendamPsikologiPsikologi UmumProses pembelajaran yang tidak memperlihatkan tingkah laku nyata dengan segera. Contohnya, kanak-kanak yang selalu melihat bapanya mengetatkan skru almari tidak akan dengan serta merta melakukannya sehinggalah selepas beberapa tahun berlalu barulah kanak-kanak itu yang mungkin sudah remaja atau dewasa boleh mengetatkan skru almari rumahnya dengan baik. Para pengkaji mendapati sukar untuk menentukan sesuatu yang diperoleh individu semasa pembelajaran terpendam tetapi begitu pasti bahawa individu sudah dapat memahami tentang respons yang akan dilakukan akibat daripada pemerhatian tersebut.
phobiafobiaPsikologiPsikologi UmumKegerunan yang amat sangat dan tidak rasional yang dialami oleh individu terhadap objek atau keadaan tertentu. Fobia mungkin tidak banyak memberi kesan kepada kehidupan individu sekiranya rangsangan yang berkaitan dengan objek atau perkara yang difobiakan itu dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, sekiranya fobia itu seperti perasaan gerun terhadap orang asing, maka pesakit tersebut tidak dapat keluar dari rumahnya atau berada di khalayak. Contohnya, seorang wanita di Washington yang mengalami xenofobia hanya keluar rumah sebanyak tiga kali sepanjang 30 tahun hidupnya.

Kembali ke atas