international gravity formula | rumus graviti antarabangsa | Mekanik | Gunaan | Rumus yang memberikan nilai pecutan graviti g berdasarkan latitud. Rumus ini diungkapkan sebagai, g = 9.780 (1 + 0.005288 sin2 q - 0.000006 sin2 2q) m/s2 dengan q sebagai sudut latitud yang berkenaan. Dalam analisis kejuruteraan biasa, rumus ini tidak digunakan kerana nilai g berubah sedikit sahaja dari khatulistiwa (9.786 m/s2) ke kutub (9.820 m/s2). Perubahan ini tidak mempengaruhi analisis berkenaan dan biasanya nilai purata g = 9.806 m/s2 digunakan. |
airlight formula | rumus cahaya udara | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Rumus asas teori jarak visual yang menghubungkan tiga faktor, iaitu lar ketara sebuah objek hitam yang jauh. Bb, lar ketara langit yang berhampiran ufuk, Bh, dan pekali pemupusan lapisan udara yang berdekatan dengan bumi, a. Rumus ini boleh dituliskan seperti yang berikut: Bb = Bh (1 � e -ax ). dengan x ialah jarak dari objek ke pemerhati. Rumus ini dikenali juga sebagai hukum Koschmieder. |
saponite | saponit | Fizik | Nanoteknologi | Galian tanah liat yang terdiri daripada bahan silikat aluminium dan magnesium berair. Rumus kimianya ialah 1/2(Ca,Na)0.33 (Mg,Fe+2)3 (Si,A1 )4 O10(OH)2.4H2O dan berstruktur monoklinik. Galian ini bersifat amorfus lembut, pejal dan berplastik, dan terdapat dalam rongga batu. |
formula | formula/rumus | Kejuruteraan | Tiada | 1. Gambaran semula jadi dan bilangan atom yang terdapat di dalam molekul sebatian dari segi penulisan dan gambar rajah.,2. Hukum-hukum yang dinyatakan dalam simbol-simbol algebra. |
nuclear radius | jejari nukleus | Fizik | Atom dan Nuklear | Jejari sfera yang mempunyai ketumpatan nukleus terbesar dan di luar permukaan sfera ini ketumpatan turun secara mendadak. Jejari ini dikira menggunakan rumus: R = ro A⅓ = 1.2 x10-13 A⅓ cm, dengan, ro= parameter jejari atau jejari berkesan suatu nukleus dan A= nombor jisim nukleus. |
resonance | resonans | Kejuruteraan | Tiada | 1. Keadaan molekul yang merupakan pertengahan di antara yang diwakili oleh dua rumus ikatan yang mungkin secara teorinya.,bagi litar, diikuti oleh arus dan voltan yang besar yang terhasil daripada daya gerak elektrik kenaan yang kecil, yang dikenakakn pada frekuensi resonans. |
impulse | impuls | Sains Sukan | Biomekanik | 1. Isyarat dalam bentuk gelombang elektrik yang dibawa oleh sel neuron pada sistem saraf. 2. Paduan antara daya dengan masa daya tersebut bertindak Paduan ini diwakili oleh rumus yang berikut: impuls = Ft , dengan; daya = F masa = t Apabila daya dikenakan pada sesuatu jasad, maka gerak yang dihasilkan oleh jasad tidak hanya ditentukan oleh besarnya daya yang diberikan, tetapi juga ditentukan oleh lamanya tempoh masa daya diberikan. Sesuatu perubahan besar pada gerak sebuah jasad dapat disebabkan oleh sedikit daya yang bekerja dengan masa yang lama, atau daya yang besar dengan masa yang singkat. Contohnya, bola golf yang bergolek di atas rumput, lama-kelamaan kehilangan kecepatannya disebabkan adanya daya kecil daripada geseran bola yang bergolek. |
runoff coefficient see also rational method | koefisien larian lihat juga kaedah rational | Hidrologi | Tiada | (1) Nisbah kedalaman larian terhadap kerpasan. (2) Koefisien yang digunakan dalam rumus kaedah Rational/Tak berdimensi. |
catalogue | katalog | Perpustakaan | Tiada | 1. Senarai buku, peta, atau butiran lain yang di susun menurut susunan tertentu yang merakam, mendeskripsi dan mengindeks sumber daripada sesuatu koleksi, perpustakaan atau sekumpulan perpustakaan.,2. Mengumpul satu senarai dokumen menurut satu set atau rumus yang membolehkan pengguna mencari bahan-bahan tersebut melalui kelas, nombor panggilan dan sebagainya. |
isothermal process | proses sesuhu | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Proses termodinamik yang berlaku tanpa perubahan suhu. Rumus matematik untuk proses ini ialah , dengan p ialah tekanan dan V ialah isi padu. Subskrip 1 untuk keadaan awal dan subskrip 2 untuk keadaan akhir. Dalam kes ini pengembangan atau mampatan gas dalam sesuatu sistem misalnya, berlaku pada kadar penambahan haba yang sama dengan kadar penyingkiran haba daripada sistem tersebut. |