saliva ejector | penyedut liur | Perubatan | Tiada | Alat yang digunakan untuk menyedut liur dari mulut. |
saliva shield | pengadang liur | Perubatan | Tiada | Alat yang digunakan untuk menahan pencemaran oleh liur semasa rawatan. |
saliva | air liur | Veterinar | Tiada | Cecair yang dihasilkan oleh kelenjar liur yang masuk ke dalam mulut semasa mengunyah makanan. Cecair ini mengandungi musin yang menjadi pelincir kepada makanan dan memudahkannya masuk ke esofagus. Pada kebanyakan haiwan bukan ruminan, cecair ini mengandungi enzim amilase atau ptilin yang memulakan pencernaan kanji. Sebaliknya, air liur haiwan ruminan tidak mengandungi enzim amilase tetapi mengandungi garam fosfat dan bikarbonat serta urea. Fungsi penting air liur pada haiwan ruminan ialah bertindak sebagai penampan pH dalam rumen. |
saliva | air liur | Perubatan | Tiada | Cecair hasil rembesan kelenjar liur dan membran mukus mulut yang mengandungi air dan mukus. Cecair ini berfungsi sebagai bahan pelembap, pelicin serta pemula pencernaan makanan oleh enzimnya. |
saliva | air liur | Perubatan | Tiada | Rembesan jernih, bersifat alkali yang dihasilkan oleh kelenjar liur. Rembesan ini membasahi dan melembutkan makanan, melembapkan mulut, dan mengandungi ?-amilase, iaitu enzim pencernaan yang mengubah kanji menjadi maltosa. Air liur juga mengandungi musin, albumin serum, globulin, leukosit, puing epitelium dan kalium tiosianat. |
saliva | air liur | Veterinar | Praklinikal | Bendalir pencernaan dalam mulut yang mengandungi α-amilase; ptialin; musin; albumin; globulin; leukosit; puing epitelium dan kalium tiosianat. Air liur dirembeskan dari kelenjar parotid; kelenjar submaksilari; kelenjar sublingua dan kelenjar mukus kecil mulut. Cecair ini jernih; alkali dan lekit. Air liur juga melembapkan serta melembutkan makanan; memastikan mulut sentiasa lembap dan mencernakan kanji. |
saliva | air liur | Sains Forensik | Tiada | Campuran bahan rembesan dari kelenjar liur dan membran mukus di mulut. Pengujian DNA pada air liur boleh dilakukan kerana air liur mengandungi sel yang tertanggal daripada permukaan dalam mulut. Maklumat seperti jenis kumpulan darah atau jenis dadah yang digunakan oleh seseorang boleh dikenal pasti melalui ujian serologi forensik terhadap sampel air liur yang ditinggalkan. |
saliva | air liur | Perubatan | Tiada | Tiada |
saliva | air liur | Perubatan | Tiada | Cecair hasil rembasan kelenjar liur dan membran mukus mulut, mengandungi air dan mukus dan berfungsi sebagai bahan pelembab, pelicin serta pemula pencernaan makanan oleh enzimnya. |