celestial meridian | meridian samawi | Matematik | Tiada | Unjuran meridian bumi pada sfera samawi meridian samawi mana-mana tempat di bumi ini adalah bulatan besar serta sfera samawi yang merentasi kutub samawi, zenit dan nadir, yang menyilangi ufuk betul-betul memisahkan utara dengan selatan. |
meridian angle | sudut meridian | Matematik | Tiada | Jarak sudut ke timur atau ke barat meridian samawi tempatan, iaitu lengkung khatulistiwa samawi atau sudut di kutub samawi di antara cabang atas meridian samawi tempatan dengan bulatan jam jasad samawi yang diukur ke timur atau ke barat dari meridian samawi tempatan melalui 180 darjah. |
hour angle | sudut jam | Matematik | Tiada | Jarak sudut ke barat meridian samawi atau bulatan jam, iaitu lengkung khatulistiwa samawi, atau sudut di kutub samawi di antara cabang atau meridian samawi, atau bulatan jam dengan bulatan jam jasad samawi, atau ekuinoks musim bunga yang diukur ke barat. |
celestial axis | paksi samawi | Matematik | Tiada | Garis yang menghubungkan kutub samawi dan selatan dan merentasi pusat sfera samawi atau unjuran paksi bumi ke sfera samawi. |
north point | penunjuk utara/titik utara | Matematik | Tiada | Titik pada sfera samawi di utara pencerap, yang padanya meridian samawi memintas ufuk samawi. |
true place | tempat benar | Matematik | Tiada | Kedudukan bintang di sfera samawi seperti yang dicerap dari pusat matahari, yang dirujuk sebagai khatulistiwa samawi dan ekuinoks samawi pada masa pencerapan dilakukan. |
polar distance | jarak kutub | Matematik | Tiada | Jarak sudut dari kutub samawi, iaitu lengkung bulatan jam di antara satu kutub samawi dengan satu titik pada sfera samawi yang diukur dari kutub samawi melalui 180o. Kependekan bagi north polar distance dan south polar distance. |
south polar distance | jarak kutub selatan | Matematik | Tiada | Jarak sudut dari kutub samawi, iaitu lengkung bulatan jam di antara satu kutub samawi dengan satu titik pada sfera samawi yang diukur dari kutub samawi melalui 180o. Polar distance. |
north polar distance | jarak kutub utara | Matematik | Tiada | Jarak sudut dari kutub samawi, iaitu lengkung bulatan jam di antara satu kutub samawi dengan satu titik pada sfera samawi yang diukur dari kutub samawi melalui 180o. Polar distance. |
mean place | min tempat | Matematik | Tiada | Koordinat jasad samawi pada sfera samawi yang dirujuk sebagai khatulistiwa dan ekuinoks epok piawai. |