chain reinforcement | peneguhan berangkai | Psikologi | Psikologi Umum | Peneguhan yang dilakukan secara bersambung-sambung dan berselang-seli mengikut tindak balas yang ditunjukkan. Contohnya, sekiranya seekor burung merpati dilatih mematuk kunci kuning dan diikuti oleh peneguhan secara berselang tetap sehingga kunci ditukarkan kepada warna lain, maka peneguhan dihentikan sehinggalah tindak balas mematuk ditunjukkan semula. |
serial film | filem siri | Komunikasi | Tiada | Filem cereka yang ditayangkan melalui televisyen secara bersambung-sambung pada waktu yang telah ditetapkan. |
serial | rantaian | Komunikasi | Tiada | Rangkaian cerita yang disiarkan melalui radio atau televisyen secara bersambung-sambung sehingga tamat. Melalui pendekatan ini sesuatu cerita ditamatkan secara tergantung bagi menggalakkan khalayak mengikuti perkembangan ceritanya pada siaran yang akan datang. |
kelarai tampuk pinang berantai | kelarai tampuk pinang berantai | Kesenian | Tiada | Kelarai tampuk pinang yang bersambung-sambung yang disambung oleh satu mata gadas. |
sulampid berantai(Ir.) | sulampid berantai(Ir.) | Kesenian | Tiada | Corak tenunan berunsur geometri berbentuk segi empat bersambung-sambung hingga membentuk rantai. |
animal epic | epik binatang | Kesusasteraan | Tiada | Naratif yang mengandungi siri cerita binatang yang panjang dan bersambung-sambung yang diwarisi daripada cerita rakyat zaman silam. Fokus dalam siri cerita ini berkisar tentang seekor binatang yang memainkan peranan utama selaku wira dengan pelbagai kebolehan luar biasa dan keistimewaan. Watak binatang dibantu oleh binatang lain digambarkan memiliki sifat-sifat manusia. Epik binatang disampaikan dengan nada satira, dan penuh dengan kiasan. Tujuannya untuk memberi pengajaran, menyindir, dan mengkritik manusia biasa. Contoh epik binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional ialah Hikayat Sang Kancil. Dalam konteks masyarakat Melayu tradisional, epik binatang merupakan salah satu sumber hiburan dan pendidikan yang berkesan kepada kanak-kanak. Contohnya Hikayat Sang Kancil dan Hikayat Pelanduk Jenaka. Hikayat ini sering menjadi rujukan kepada ibu bapa bagi mendidik anak-anak supaya sentiasa menggunakan akal dengan bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan seharian. Lihat juga f |
pilin berganda | pilin berganda | Kesenian | Tiada | 1. Motif tembikar berunsur geometri berbentuk huruf S yang condong serta bersambung-sambung. |
pola bujang | pola bujang | Kesenian | Tiada | Motif ukiran yang mempunyai gaya bebas atau berdiri sendiri yakni tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung, lazimnya menggunakan unsur tumbuhan, kosmos dan makhluk hidup seperti bentuk kuntum bunga, putik buah, bulan, bintang, matahari dan sebagainya. pola putu |
pola putu | pola putu | Kesenian | Tiada | Motif ukiran yang mempunyai gaya bebas atau berdiri sendiri yakni tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung, lazimnya menggunakan unsur tumbuhan, kosmos dan makhluk hidup seperti bentuk kuntum bunga, putik buah, bulan, bintang, matahari dan sebagainya. |
soap opera | lipurlara | Komunikasi | Tiada | Rancangan televisyen yang berbentuk rantaian mengenai suasana kehidupan manusia. Rancangan ini selalunya berbentuk drama dan ceritanya bersambung-sambung dari satu episod ke episod yang lain. |