Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jointingtanggaman;merata (gergaji); buka sudut (mata gergaji), sambunganKejuruteraanTiada1. Sambungan: Pemakalan bagi sambungan batu .,2. Pemisahan bahagian-bahagian yang membentuk acuan, dengan menempatkan lapisan nipis pasir di antara bahagian-bahagian itu.
sequelsusulanKomunikasiTiada1. Sambungan cerita daripada sesebuah buku atau filem yang telah diterbitkan sebelumnya. Lazimnya, cerita ini menggunakan watak yang sama. 2. Tindakan untuk mendapat maklumat lanjutan daripada berita yang telah disiarkan sebelumnya.
articulationartikulasiPerubatanTiada1. Sambungan atau sendi antara dua objek. 2. Pembentukan bunyi dalam percakapan.
star-delta starterpemula delta-bintangTeknikElektrikPemula bagi motor tiga fasa yang akan menukarkan sambungan motor itu daripada sambungan bintang kepada sambungan delta setelah motor itu dihidupkan kira-kira 75% kelajuan penuh motor tersebut. Pertukaran sambungan motor daripada bintang kepada delta boleh dilakukan oleh sentuhan-sentuhan magnet atau suis khas. Sambungan bintang bertujuan menaikkan nilai galangan motor aruhan itu dan mengurangkan voltan yang diterima pada setiap fasa, iaitu 1/3 daripada voltan talian. Pemula ini sesuai untuk motor berukuran sederhana.
star connectionsambungan bintangTeknikElektrikSambungan litar dielektrik yang setiap satu punca dari tiga beban litar disambungkan bersama menjadi punca sepunya. Sambungan bintang menyebabkan arus setiap belitan fasa menjadi sama dengan arus pada talian, tetapi voltan di antara sambungan bintang dengan talian ialah 1 per punca kuasa tiga, iaitu 0.58, daripada voltan talian. Penghujung setiap set belitan akan disatukan dan menjadi titik neutral. Sudut fasa di antara ketiga-tiga belitan ini ialah 120 darjah elektrik. Sambungan bintang juga disebut titik bintang atau titik neutral. Kadangkala sambungan ini juga disebut sambungan Y kerana bentuknya seperti huruf Y.
jointsendi; sambung; tercantum; bersama; kekar; bercantumKejuruteraanTiada1. Tanggam: Sambungan yang terhasil daripada penyambungan dua bahagian kayu yang dibuat berdasarkan keperluan dan bentuk-bentuk tertentu.,3. Kekar: Sifat retak pada batuan tetapi berbeza dengan sesaran ianya tidak menunjukkan gerakan yang berbeza.,4. Sambungan di antara dua atau lebih pengalir, atau titik penyambung bagi dua pengalir.
continuity (conti)sinambungKomunikasiTiada1. Studio sambungan yang dilengkapi dengan peralatan penyiaran radio dan televisyen. Studio ini digunakan oleh pengacara atau penyampai berita untuk membuat penyampaian yang biasanya dibuat secara langsung. konti. 2. Penggunaan peralatan penggambaran dan pelakon yang sama dan berterusan bagi sesuatu adegan walaupun berlaku perubahan dari segi masa, tempat atau perubahan tangkapan.
terminalpangkalanTeknikElektrik1. Tempat atau titik sambungan sesuatu litar elektrik, misalnya dalam satu papan tercetak. Titik ini mempunyai jalur pengalir di akhir atau di tepi papan tercetak tersebut dan biasanya dipasang dengan pin untuk sambungan ke litar luar. 2. Tempat keluar atau masuk voltan daripada penjana/bateri atau motor/beban.
loop circuitlitar gelungTeknikElektrik1. Litar sambungan selari atau litar pelbagai. 2. Litar yang tidak mempunyai pengalir balik bumi. Misalnya, pembuluh logam dalam sistem pendawaian pembuluh yang tidak dijadikan pengalir balik.
jointsendi; sambung; tercantum; bersama; kekar; bercantum; tanggamKesenianTiada1. Tanggam: Sambungan yang terhasil daripada penyambungan dua bahagian kayu yang dibuat berdasarkan keperluan dan bentuk-bentuk tertentu.
123456

Kembali ke atas