respond of ear | sambutan telinga | Fizik | Akustik | Sambutan yang disangsang oleh telinga manusia terhadap gelombang bunyi. Sambutan ini berubah terhadap frekuensi (20 hingga 20 000Hz) dan keamatan bunyi (10-12 � 1 watt/m2). Telinga manusia lebih sensitive kepada bunyi pada keamatan rendah daripada keamatan tinggi dan lebih sensitive kepada perubahan frekuensi daripada perubahan keamatan bunyi. |
transient response | sambutan fana | Mekanik | Gunaan | 1. Getaran paksa tak mantap yang disebabkan oleh rangkap pemaksa (daya atau sesaran) yang tak berkala. Ia juga dinamai sambutan keadaan tak mantap. 2. Bahagian yang menyusut bagi sambutan kepada rangkap pemaksa yang mempunyai ayunan mantap. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 170 RAJAH S2 Bahagian ini akan lenyap akhirnya dan meninggalkan bahagian keadaan mantap sahaja [Rajah S2]. |
principal axis | paksi utama | Kejuruteraan | Tiada | 1. Arah sambutan atau kepekaan maksimum bagi pemindah aruh atau antena.,2. Garis yang melalui pusat kelengkungan permukaan kanta, dengan sinar tidak diterpantul mahupun dibias. Sinonim: paksi optik. |
mirror image | imej cermin | Kejuruteraan | Tiada | 1. Lengkuk sambutan yang serupa antara yang lain.,2. Imej pendua. |
parade | sketsa pendek | Kesenian | Drama dan Teater | 1. Persembahan yang diadakan untuk perayaan atau sambutan tertentu yang biasanya dilakukan di jalanan dengan kostum dan pakaian seragam. 2. Persembahan ringkas atau pendek yang diadakan di luar tempat pementasan sebenar untuk menarik penonton. |
linearity | kelinearan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Hubungan yang wujud di antara dua kuantiti apabila perubahan pada kuantiti yang kedua berkadar terus dengan perubahan pada kuantiti yang pertama.,2. Lencongan daripada sambutan garis lurus terhadap isyarat masukan.,3. Kebolehan meter untuk memberikan pesongan sudut yang sama, berkadar dengan arus kenaan.,4. Hubungan di antara masukan tenaga elektrik sebenar dengan pesongan penunjuk meter, sebagai yang dirujukkan kepada suatu garis lurus teori.,5. Kebolehan pemodulat menjana sarung pemodulatan yang mengeluarkan semula isyarat pemodulatan tanpa herotan.,6. Keadaan keluaran yang, secara tokokan, berubah secara terus atau secara berkadaran dengan perubahan masukan.,7. Darjah kerapatan lengkung tentu ukur dengan garis lurus yang ditentukan.,8. Darjah kekadaran di antara keluaran peranti linear dengan masukannya. |
half-width | separuh lebar/setengah lebar | Kimia | Tiada | 1. Separuh lebar puncak tenaga dalam taburan spektrum, disukat di antara dua titik setengah amplitud.,2. Separuh lebar lengkung sambutan di antara titik setengah kuasa. |
dead space (cylinder) | ruang mati (silinder) | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kawasan atau zon, dalam julat biasa pemancar radio, yang tiada isyarat diterima.,2. Julat nilai tertentu apabila isyarat yang masuk dapat diubah tanpa mengubah sambutan yang keluar. |
noise spectrum level | aras spektrum hingar | Fizik | Akustik | Aras spektrum bunyi yang tidak dikehendaki dan boleh diukur jika alat analisis mempunyai ciri sambutan unggul pada lebar jalur 1 Hz. |
crossover frequency | frekuensi lintas | Kejuruteraan | Tiada | 1. Frekuensi apabila rangkaian pembahagi menghantar kuasa yang sama kepada saluran frekuensi atas dan frekuensi bawah apabila kedua-duanya tertamat dalam beban tertentu.,2. Frekuensi yang sepadan dengan silangan asimptot kepada bahagian amplitud malar dan halaju malar bagi lengkung sambutan frekuensi perakaman cakera. |