Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; bersandar 1. = menyandar me-letakkan belakang (bahu, dada, dll) pd sesuatu supaya teguh atau selesa, duduk dll sambil bertopang (bersangga) pd: Awang Sulong pun tidurlah ~ di banir kayu besar; ayah sedang ~ di kerusi membaca surat khabar; 2. = ~ pd (ke, atas) berharap (bergantung) pd, beralasan (berdasar) pd: mereka terlalu sangat ~ kpd bantuan dr luar negeri; bersandarkan bersandar pd: baginda men-jalankan pemerintahan dgn ber­sandarkan apa yg telah dipelajarinya; sandar-menyandar saling bersandar, tolong-menolong, bantu-membantu: kerja­sama dan bantu-membantu dlm masyarakat orang yg beriman itu, samalah spt hubungan yg rapat dan ~ yg erat sesebuah bangunan; menyandari mengadakan (memasang, me-ngenakan) tempat utk bersandar, memberi tempat bersandar, menopang (menyangga, menyokong, dll): maka Sultan Mahmud Shah pun minta sandari pd Seri Nara Diraja; menyandarkan 1. meletakkan (membiar­kan dll) bersandar pd: seorang laki-laki berdiri ~ badannya ke daun pintu; 2. mengharapkan atau menggantungkan (pertolongan, nasib, dll) pd: ~ rezekinya pd orang yg dermawan; 3. meletakkan (mengasaskan) pd sesuatu yg digunakan sbg dasar (alasan, bukti, dll), mendasarkan: dlm soal perkahwinan, engkau ~ pendapat engkau pd agama; dia tidak ~ tulisannya pd karya-karya sasterawan tanah air; sandaran 1. = persandaran, penyandar tempat bersandar atau utk menyandarkan sesuatu: akhirnya orang muda itu me­ngampai ke ~ kerusinya; 2. bantuan, sokong-an: mereka berdoa memohon ~ drpd Tuhan; ini semua hanya prasangka buruk dan tidak mempunyai ~ sejarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; bersandar 1 duduk atau berdiri sambil mengenakan badan pd sesuatu supaya selesa: Apakah nama pokok kayu tempat kita ~ ini? 2 terletak bersangga (pd): Tongkatnya diletakkan ~ pd dinding. menyandari 1 (mem­biarkan diri) bersandar pd: Dia di­larang ~ dinding yg baru dicat itu. 2 mengadakan atau memasang tempat utk bersandar. menyandarkan 1 me­letak­kan sesuatu supaya bersandar (pd): Dia ~ lembingnya pd tiang rumah. 2 ki menjadikan sesuatu sbg bukti, dasar dsb: Dia ~ pendapatnya pd logik. sandaran 1 = penyandar tempat ber­­sandar; tempat menyandarkan sesuatu. 2 ki sesuatu yg dijadikan bukti (dasar dsb): Kata-kata dan pendapat yg dikeluarkan oleh rasul menjadi ~ kpd syariat yg dibawa­nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sandar I

Puisi
 

Tetak tebu betung,
     Sandar pokokinai;
Selawat gajah Tuk Dong,
     Saya nampak Tuk Nai.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jemur sandarjemur sandarKesenianTiadaTeknik pengeringan rotan dengan menyandarkan batang rotan pada palang jemur.
sandardataran lanar air batuGeografiTiadaIstilah Iceland untuk suatu dataran cairan glasier yang mengandungi bahan glasiofluvium.
backupsandarKomputerTiadaTiada
leaningsandarSukanTiadaMenyandarkan badan kepada pihak lawan.
backboardpapan sandarPelayaranTiadaPapan di buritan bot yang berkedudukan tegak sebagai tempat bersandar pemandu bot atau penumpang.
stand tubingsandar tetiubKejuruteraanTiadaMenyandarkan tetiub pada derik sebaik sahaja tetiub dikeluarkan dari telaga.
backup tapepita sandarKomputerTiadaTiada
backup copysalinan sandarKomputerTiadaTiada
backup filefail sandarKomputerTiadaTiada
backup systemsistem sandarKomputerTiadaTiada
1234

Kembali ke atas