Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sang.kal] | ساڠکل

Definisi : bantah: “Tidak, itu tidak benar sama sekali,” ~nya; bersangkal 1. tidak menurut atau mengikut (perintah dll), mengabaikan (pekerjaan, tugas, dll): mengapa maka engkau ~ pula akan pekerjaanmu itu? 2. tidak mengaku, berdalih, berdusta: walaupun bukti-buktinya sudah nyata, tetapi dia tetap juga ~ di hadapan tuan hakim; menyangkal 1. tidak mengakui (kebenaran, kenyataan, dll), tidak mengiakan: pegawai itu telah ~ berita yg mengatakan ia akan berhenti; 2. membantah, melawan, me­nentang, menolak, menyanggah: selama ini tulisan-tulisan orientalis Barat tidak pernah disangkal orang; sangkalan bantahan, sanggahan: kerana tidak adanya ~ secara ilmiah, maka kita mengikut sahaja apa yg dilakukan oleh mereka; penyangkalan perihal menyangkal (mem­bantah dll), penafian; penyangkal orang yg menyangkal; ~ Allah orang yg tidak mengakui akan wujudnya Allah (orang yg kufur). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.kal] | ساڠکل

Definisi : ; menyangkal 1 tidak menga­kui kebenaran sesuatu; menyatakan bahawa sesuatu itu tidak benar: Beliau telah ~ segala tuduhan yg dilemparkan kpdnya itu. 2 tidak menurut; me­nen­tang; melawan: Kita janganlah ~ perintah Tuhan. sangkalan kata-kata, perlaku­an dsb utk menyangkal; bantahan: ~ yg dibuat berdasarkan kajian­nya. penyangkalan perbuatan atau hal menyangkal. penyangkal orang atau pihak yg menyangkal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sangkal
Kata Terbitan : menyangkal, sangkalan, penyangkalan, penyangkal,

Peribahasa

Mengereng-ereng bagai sangkal makan.

Bermaksud :

Marah yang amat sangat. ereng = miring; sangkal = mata bajak.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
indefeasibletak boleh sangkalUndang-undangTiadaTiada
preemptive strikeserangan sangkalSejarahTiadaPenyerangan, penyerbuan atau pencerobohan ke atas hak orang lain berdasarkan hak tertentu biasanya dalam urus niaga tanah awam.
trotz altermasa sangkalPsikologiTiadaTiada
indefeasibletak boleh sangkalPenilaian Harta TanahTiadaTiada
indefeasible titlehak milik tak boleh sangkalGeografiTiadaTiada
indefeasible titlehak milik tak boleh sangkalPenilaian Harta TanahTiadaTiada

Kembali ke atas