Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sapotaceae


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Mimosops elengitanjungHerbaBotani dan BioteknologiPokok sederhana besar dalam famili Sapotaceae yang dikenali juga sebagai mengkular atau bunga tanjung. Ketinggiannya mencapai sehingga 30 meter dan tumbuh liar di kawasan tanah pamah atau ditanam sebagai perhiasan dan teduhan. Daunnya jenis ringkas, tersusun berselang dan tepinya beralun. Bunganya kecil, tumbuh tunggal atau dalam jambak yang kecil. Kelopak bunga berwarna putih dan berbau wangi. Akarnya digunakan sebagai ramuan tonik herba. Biji dan bunganya dilumatkan dan ditelan untuk merawat sembelit dan cirit-birit. Air rebusan daun diminum untuk merawat sakit kepala. Asap daun yang dibakar, dihidu untuk merawat resdung dan asma. Air rebusan kulit batang dibuat kumur untuk menguatkan gigi dan gusi, merawat sakit kerongkong, demam panas dan cirit-birit. Serbuk kulit boleh digunakan untuk merawat penyakit reumatik. Kulit yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat kulit yang gatal dan jerawat. Bunganya boleh dibuat hiasan kepala atau pewangi di dalam almari. Minyak pati bunganya boleh dibuat minyak peli
gutta perchagetah tabanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanLateks yang dihasilkan oleh pokok daripada famili Sapotaceae terutamanya taban merah, Palaguium gutta. Bahan ini merupakan hasil sampingan hutan di malaysia, dan pernah digunakan sebagai bahan penebat kabel dasar laut sebelum Perang Dunia Kedua. Sin: getah perca
pepulutpepulutPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi pokok dan kayu Chrysophyllum spp. daripada famili Sapotaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah pulut-pulut. Gubal kayu pepulut sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna putih semasa segar, dan berubah menjadi kuning jerami apabila terdedah. Tekstur kayunya sangat halus dan sekata dengan ira yang lurus arau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 610 hingga 930 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sangat berat. Kayu pepulut ini sangat rapuh dan sesuai untuk kerja binaan sementara.
bitisbitisPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama paiwai bagi kayu Madhuca spp. dan Palaquium spp. daripada famili Sapotaceae. nama lain di Semenanjung ialah kayu belian, dan spesies utama kayu bitis termasuk Madhuca spp. Palaquium ridleyi, dan P. stellatum. Di Sabah dan Sarawak kayu ini tidak dibezakan daripada kayu nyatuh, malahan didagangkan sebagai kayu nyatuh. Gubal kayu bitis biasanya berwarna coklat kuning atau coklat merah, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya berwarna coklat merah atau berwarna lebih tua. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 820 hingga 1200 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu bitis sukar dikerjakan, lambat mengering, mudah retak. Kayu ini sesuai untuk kerja binaan berat, jambatan, dermaga, cerucuk, tiang, kayu landasan kereta api, dan lantai parket.
nyatuhnyatuhPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Pauteria spp. dan Planchonella spp. daripada famili Sapotaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk misi, menasi, nangka-nangka, dan nyatuh nangka, dan di Sabah ialah nyatuh laut dan umas-umas. Spesies utamanya ialah Planchonella maingayi, Plan. obovata, dan Pouteria malaccensis. Gubal kayu nyatuh kuning sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna putih susu atau kuning muda.Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 690 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu sederhana keras dan berat. Kayu ini mudah dikerjakan, dan sukar dikeringkan, mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah dan kadar kecutan yang tinggi. Kayu nyatuh kuning sesuai untuk kerja binaan sederhana, dinding, anak tangga, kayu kumai, dan papan panel.
nyatuhnyatuhPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Palaquium spp., Ganua spp., dan Payena spp. daripada famili Sapotaceae. Nama tempatannya di Semenanjung, Sabah dan Sarawak ialah berbagai-bagai nama nyatuh. Nama lain di Semenanjung termasuk mentua taban, taban, taban merah, dan sundik, dan di Sarawak ialah jangka dan rian. Terdapat lebih 20 spesies utamanya, dan antaranya ialah Ganua curtisii, G. kingiana, Palaquium gutta, Pal. maingayi, Payena dasphylla dan Pay. lanceolata. Gubal kayu nyatuh berwarna lebih muda dan mudah dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna merah jambu atau coklat merah. Tekstur kayunya halus atau sederhana kasar, dengan ira yang lurus, bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 400 hingga 1075 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringgan. Kayu ini mempunyai sifat pengeringan yang berbeza-beza mengikut spesies. Kayu yang ringan lebih mudah dikerjakan daripada kayu yang lebih berat. Ketahanan semula jadinya sederhana tetapi sukar diawet. Ka
latexlateksPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBendalir seperti susu yang terdiri daripada damar, lemak, lilin dan campuran bahan kompleks lain dalam komposisi tertentu mengikut spesies tumbuhan. Bahan ini dihasilkan oleh sel-sel parenkima biasa atau berbagai-bagai jenis sel latisifer. Lateks terdapat pada kebanyakan tumbuhan tropika, terutamanya daripada tumbuhan dalam famili Apocynaceae, Euphorbiaceae, Moraceae, dan Sapotaceae. Misalnya, susu getah daripada pokok Hevea brasiliensis.

Kembali ke atas