disseminated sclerosis | sklerosis serak | Perubatan | Tiada | Penyakit kronik sistem saraf pada orang dewasa menyebabkan sarung mielin saraf-saraf otak dan korda spina menjadi rosak dan mengganggu fungsi saraf terlibat. |
peripheral nerve | saraf periferi | Perubatan | Tiada | Saraf yang keluar dari sistem saraf pusat. Terdiri daripada saraf kranium, saraf spina serta cabang-cabangnya dan saraf autonomik. |
innervation | penyarafan | Perubatan | Tiada | Taburan saraf-saraf ke struktur atau tempat tertentu. |
crutch palsy | palsi crutch | Perubatan | Tiada | Palsi akibat tekanan tongkat pada saraf-saraf di bahagian ketiak. |
auditory nerve | saraf auditori | Perubatan | Tiada | Saraf kranium yang kelapan, yang terlibat dengan pendengaran dan imbangan. Saraf ini terdiri daripada dua jenis serat saraf, iaitu saraf koklea (yang menyarafi koklea) dan saraf vestibul (yang menyarafi utrikel, sakul dan duktus separa bulat). Rajah: Saraf auditori |
afferent nerve | saraf aferen | Perubatan | Tiada | Saraf yang membawa impuls dari organ deria ke sistem saraf pusat. Saraf yang berasal daripada kulit, otot dan sendi disebut saraf aferen soma, manakala yang berasal dari visera disebut saraf aferen visera. |
nerve root | akar saraf | Perubatan | Tiada | Bahagian saraf yang menghubungkan antara saraf tunjang dengan saraf periferi. Bahagian ini terdiri daripada akar saraf anterior dan posterior. |
ankle block | sekatan pergelangan kaki | Perubatan | Tiada | Prosedur anestesia setempat yang dilakukan untuk menyekat pengaliran arus saraf di bahagian pergelangan kaki. Saraf yang disekat ialah saraf sural, saraf tibial anterior dan saraf tibial posterior. Prosedur ini sesuai dilakukan untuk pembedahan kecil di bahagian bawah pergelangan kaki. |
peripheral nerve block | sekatan saraf periferi | Perubatan | Tiada | Sekatan saraf selain saraf yang terdapat pada otak dan korda spina dengan menggunakan anestetik setempat seperti pada saraf pleksus servikal, brakial, femoral, obturator, ulnar dan median. |
auriculoventricular dissociation | disosiasi aurikuloventrikel | Perubatan | Tiada | Saraf yang berasal dari saraf mandibel dan bercabang menjadi saraf aurikular anterior, saraf meatus akustik luaran, cabang-cabang parotid, dan cabang ke membran timpanum. |