Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ron] | سارون

Definisi : sj alat bunyi-bunyian (dlm gamelan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saron


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
saron panerussaron panerusMuzikTiada

 Saron bersaiz kecil dengan register tinggi. Saron panerus menghasilkan melodi berbunga dalam lagu gamelan Jawa dan gamelan Melayu. Saron panerus juga dikenali sebagai saron peking. Lihat juga saron.

saronsaronMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Saron diperbuat daripada beberapa kepingan gangsa yang diletakkan secara mendatar di atas kotak kayu. Kepingan gangsa tersebut ditiunkan dalam skel slendro dan pelog di Indonesia, sementara di Malaysia kepingan gangsanya ditiunkan dalam skel pentatonik. Kesemua kepingan gangsa dipukul dengan pemukul kayu. Saron yang berasal dari Indonesia dimainkan dalam gamelan Jawa dan gamelan Melayu di Malaysia. Alat muzik tersebut terdapat dalam tiga saiz, iaitu saron bersaiz kecil, saron bersaiz sederhana dan saron bersaiz besar.

saron barungsaron barungMuzikTiada

 Saron bersaiz sederhana dengan register sederhana. Saron barung menghasilkan melodi asas dalam lagu gamelan Jawa dan gamelan Melayu. Lihat juga saron.

saron demungsaron demungMuzikTiada

Saron bersaiz besar dengan register rendah. Alat muzik ini menghasilkan melodi asas atau pic daripada melodi asas dalam lagu gamelan Jawa. Lihat juga demung, saron.

saron penerus (Indon)saron penerusKesenianTiadaAlat idiofon berbilah yang beroktaf tertinggi dalam gamelan melayu. [Sinonim dengan istilah saron peking].
saron peking (Indon)saron pekingKesenianTiadaAlat idiofon berbilah yang beroktaf tertinggi dalam gamelan Melayu.
saron demung (Indon)saron demungKesenianTiadaAlat idiofon berbilah dan beroktaf rendah dalam gamelan Melayu.
saron barung (Indon)saron barungKesenianTiadaAlat idiofon berbilah yang beroktaf sedang dalam gamelan Melayu.
balunganbalunganMuzikTiada

 Melodi asas yang dimainkan oleh alat muzik saron de­mung, saron barung dan slentem dalam gamelan Jawa. Melodi asas ini diimprovisasi oleh alat melodi lain seperti gambang dan bonang. Balungan bermaksud tulang dalam bahasa Jawa.

gamelan (Indon)gamelanKesusasteraanTiadaSeperangkat alat muzik yang menonjolkan alat perkusi tradisional Jawa, seperti saron, borang, gambung, gambir, rebab, gong, gondang dan lain-lain .
12

Kembali ke atas