Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Severe Acute Respiratory Syndrome (Sindrom Pernafasan Akut yg Teruk, iaitu penyakit salur pernafasan yg boleh membawa maut, dicirikan oleh demam panas, sukar bernafas dan batuk tanpa kahak, akibat jang-kitan koronavirus dan merebak melalui titisan air yg keluar di udara semasa penghidap bersin atau batuk). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sars


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS)Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS)Kesihatan AwamTiadaPenyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus korona dengan gejala termasuk demam dan batuk dan dalam sesetengah kes berlanjutan kepada radang paru-paru dan kegagalan pernafasan.
pandemicpandemikKejururawatanTiadaPerihal wabak yang tersebar luas sehingga dihidapi ramai bilangan rakyat di negara yang berlainan. Contoh, sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS).
receptor-binding domain (RBD)domain reseptor-pengikatKesihatan AwamTiadaBahagian penting daripada virus yang terletak di domain pepaku yang membolehkannya singgah ke reseptor badan untuk masuk ke dalam sel dan membawa kepada jangkitan. Domain ini juga merupakan sasaran utama dalam pencegahan dan rawatan jangkitan virus, termasuk sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS-CoV-2) yang menyebabkan COVID-19.
ad hoc committeejawatankuasa ad hocSains PolitikPolitik PerbandinganJawatankuasa yang dibentuk bagi menangani sesuatu perkara atau masalah yang memerlukan penyelesaian atau pengurusan yang segera. Jawatankuasa ini dibentuk bagi memelihara kepentingan sesebuah masyarakat. Komuniti ini bersifat sementara dan keabsahannya hanya wujud dalam tempoh melaksanakan sesuatu tugas. Jawatankuasa ini akan dibubar setelah tugas yang diberi selesai. Contohnya, jawatankuasa ad hoc yang ditubuhkan bagi menangani kesan wabak SARS (sindrom pernafasan akut yang teruk).
health policydasar kesihatanPentadbiranTiadaDasar yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memupuk kesedaran dan memelihara kesihatan awam dengan melancarkan pelbagai program dan penguatkuasaan pelbagai peraturan yang berkaitan. Dasar kesihatan yang baik boleh memastikan bekalan makanan dan air bersih kepada orang ramai, memelihara kebersihan alam sekitar, mengawal kesihatan ibu dan bayi, menguatkuasa imunisasi penyakit berjangkit dan memperluaskan perkhidmatan kesihatan dan hospital sehingga ke kawasan pedalaman. Dasar seperti ini turut menumpukan perhatian kepada penghindaran jangkitan penyakit merbahaya seperti AIDS, kusta, batuk kering, taun, SARS dan polio. Di samping itu dasar kesihatan yang ketat turut mengawal pembekalan ubat dan dadah tertentu, penjualan bahan terkawal seperti minuman keras, ubat batuk dan rokok. Terdapat juga dasar kesihatan di negara tertentu yang mewajibkan pengambilan polisi insuran kesihatan bagi rawatan hospital dan terdapat dasar kesihatan yang memberi khidmat hospital dan rawatan percuma seperti negara kebajikan di Norway

Kembali ke atas