optical rangefinder | penentu julat optik | Fizik | Optik | Alat optik untuk mengukur jarak, biasanya dari kedudukan alat tersebut ke titik sasarannya dengan mengukur sudut antara sinar-sinar cahaya yang memasuki alat tersebut menerusi tingkap-tingkap yang berasingan dari sasarannya. Jarak di antara tingkap-tingkap tersebut merupakan jarak asas bagi alat ini. |
Lenard tube | tiub Lenard | Kejuruteraan | Tiada | Tiub sinar katod yang sasarannya digantikan dengan lapisan tipis bagi membolehkan sinar katod keluar. |
hooded anode | anod tertukup | Kejuruteraan | Tiada | Anod tiub sinar x yang sasarannya terletak di dalam suatu tukup logam. |
raider | penyerbu | Sejarah | Tiada | Orang yang menyerang atau menyerbu pihak lawan yang menjadi sasarannya. |
Lenard cathode-ray tube | tiub sinar katod Lenard | Kejuruteraan | Tiada | Tiub sinar katod yang sasarannya digantikan dengan lapisan tipis bagi membolehkan sinar katod keluar. |
advertisting media | media iklan | Pentadbiran | Tiada | Saluran komunikasi yang membawa utusan daripada pengiklanan kepada sasarannya. |
hormone | hormon | Kejururawatan | Tiada | Bahan yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin, dan diangkut terus ke dalam darah dan ke organ sasarannya untuk mempengaruhi struktur atau fungsinya. |
قتل الخطأ | pembunuhan tidak sengaja | Agama Islam | Fiqh | Pembunuhan yang berlaku tanpa niat membunuh. Contohnya, seorang pemburu menembak pelanduk tetapi sasarannya terkena kepada seseorang dan mati. |
meiosis | ungkapan merendah | Kesusasteraan | Puisi | Gaya pengucapan penyair dalam menyampaikan sesuatu pandangan, gurauan atau sindiran. Penyair mengucapkannya dengan gambaran yang lebih kecil daripada yang sebenarnya supaya gurauan itu tidak begitu keras mengenai sasarannya. Contohnya, baris kedua, rangkap pertama dalam puisi berjudul "Sepasang Tubuh" karya Wan A. Rafar di bawah dapat dikatakan ungkapan merendah yang bersifat gurauan. Sinonim miosis. aku adalah rakyatmu yang lebih kecil dari seekor semut |
Internet worm | cecacing Internet | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Kod hasad yang berupaya tersebar sendiri melalui rangkaian. Kod ini terlebih dahulu mencari dan menentukan sasaran. Contohnya, dengan menggunakan jadual penghalaan rangkaian atau buku alamat e-mel pada sesuatu komputer. Seterusnya kod ini akan mengeksploitasi ketakteguhan sasarannya dan menjangkitinya. Selepas tersebar, salinan asal pada sistem punca akan melancarkan serangan seperti penafian khidmat atau pelancaran atur cara yang boleh merosakkan sistem. Operasi ini akan berulang untuk semua salinan kod yang tersebar. 2. Cecacing Internet 1988 atau Cecacing Morris yang dibina oleh Robert T. Morris Jr., siswazah Universiti Cornell di Amerika Syarikat. Beliau menulis kod cecacing tersebut untuk mencari sejauh mana eksploitasi sistem yang terautomasi boleh disebarkan melalui prasarana Internet. Cecacing ini menggunakan kelemahan dalam sistem pengendalian Berkeley UNIX versi 4 pada masa itu. Walau bagaimanapun, satu kesilapan pengaturcaraan pada cecacing ini menggunakan kelemahan dalam sistem pengendalian B |