Bahagian muzik bagi pemuzik solo membuat persembahan secara berseorangan, terutamanya dalam genre konserto. Satu rangkap muzik yang diselitkan antara dua kord dalam kadens terakhir bagi memberi peluang kepada pemuzik solo menunjukkan kemahiran dalam teknik persembahan. Kadenza mungkin digubah oleh komposer atau diimprovisasi oleh pemuzik solo itu sendiri. Muzik kadenza bercorak improvisasi, melodinya berbunga-bunga dan melibatkan rangkap skel dan ritma yang rancak. Bahagian orkestra berhenti bermain muzik buat seketika apabila kadenza dipersembahkan.
Thanks for clicking. That felt good.