mythopoeia | mythopoeia | Kesusasteraan | Tiada | Mitos ciptaan oleh pengarang dalam sastera moden. Contohnya mitos Pulau Ogonshoto dalam Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan. |
genre | genre | Kesusasteraan | Tiada | Kategori atau jenis karya sastera mengikut bentuk, teknik atau pokok persoalan. Genre yang dipilih untuk mengklasifikasikan karya sastera adalah pelbagai dan kriteria yang digunakan untuk tujuan klasifikasi berbeza. Dalam sastera Yunani purba, klasifikasi genre ditetapkan oleh Aristotle, seorang ahli teori dan falsafah terkenal, dalam karyanya Poetics merangkumi tiga aspek utama seperti yang berikut: pertama, lirik (watak utama bercakap sendiri), kedua, epik atau naratif (seorang narator bercakap sendiri dan kemudian membenarkan watak lain bercakap), dan ketiga, drama (semua watak bercakap). Dalam sejarah kesusasteraan Barat, dari Zaman Pembaharuan (Renaissance) sehingga pada abad k3-18, genre (ketika ini dikenali sebagai jenis puitika) dianggap suatu bentuk sastera yang tetap dan tidak berubah. Satu lagi klasifikasi genre bermula pada akhir abad ke-18 dan pada awal abad ke-19, apabila pengkritik Jerman membahagikan skema ini kepada tiga, iaitu sajak, novel dan drama. Kini, pengkritik sastera moden memperkuku |
myth criticism | kritikan mitos | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera yang menganggap sesebuah karya sebagai pernyataan atau rangkuman pola-pola dan struktur mitos yang sering berulang dalam sesuatu masyarakat. Kaedah ini akan mengkaji, meninterprestasi dan mengkategorikan sesebuah karya mengikut struktur dan unsur simbolik yang berkaitan dengan mitos tersebut. Kritikan ini juga menghubungkaitkan sastera dunia melalui penerapan mitos sejagat sepeti motif pencarian dan motif asal usul. Contohnya, sastera Barat dan Nusantara boleh dihubungkan dengan kajian motif pencarian yang terdapat dalam Hikayat Indera Putera dan Ullysses oleh Homer, sementara motif asal usul boleh dikaji dalam cerita panji dan mitos Yunani. Dalam konteks sastera moden, motif pencarian boleh dianalisis daripada karya Perjalanan Si Tenggang oleh Muhammad Haji Salleh dan Ulysses oleh James Joyce. Pengkritik utama kaedah kritikan ini termasuklah Joseph Campell dalam bukunya berjudul The Heor with a Thousand Faces dan Northrop Frye dalam bukunya berjudul Anatomy of Criticism. Lihat juga kr |
literary mode of production | ragam pengeluaran sastera | Kesusasteraan | Tiada | Pengeluaran bahan bacaan yang dipengaruhi oleh institusi dan hubungan sosial. Konsep ini dikembangkan oleh penganut Marzxis moden termasuk Terry Eagleton dan Pierre Macherey. Menurut mereka, ragam pengeluaran sastera kini berbeza dengan ragam pengeluaran dahulu. Contohnya, pada abad ke-17 dan 18, sastera di Britain amat dipengaruhi oleh budaya penaungan. Pada zaman ini tuntutan pasaran seperti cita rasa pembaca mempengaruhi pengeluaran karya sastera. Justeru, fiksyen picisan seperti novel cinta yang menjadi kegemaran masyarakat kini banyak menentukan penerbitan karya sastera. |
hagiography | hagiografi | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang menonjolkan tokoh yang dianggap suci. Pada asalnya, hagiografi merujuk kepada karya sastera di Eropah yang dihasilkan untuk mengagung-agungkan kehidupan santo (saint) dan orang yang mati demi kesucian agama Kristian. Sastera hagiografi terdapat pada Zaman Pertengahan tetapi jarang terdapat pada zaman moden, melainkan dalam karya drama, Saint Joan (1923) oleh G.B. Shaw. Hagiografi juga digunakan untuk karya biografi tokoh-tokoh suci dalam agama lain. Contoh dalam tradisi persuratan Islam ialah Tadhkirat al-Awliya oleh Faridudin, �Attar dari parsi dan karya tentang Wali Songo di Alam Melayu. Dalam tradisi India, terdapat karya tentang Kabir, Meerabai dan Guru Nanak. Hagiografi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �penulisan suci�. |
classical fantasy | fantasi klasik | Kesusasteraan | Tiada | Karya fantasi yang bersumberkan karya klasik seperti novel atau cerpen fantasi moden. Fantasi klasik merujuk kepada karya yang dihasilkan antara karya fantasi dalam tradisi sastera awal dengan karya fantasi zaman moden. Dengan kata lain, karya fantasi klasik mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri dan berbeza dengan karya fantasi yang dihasilkan oleh pengarang zaman moden. Contoh dalam sastera Melayu ialah Hikayat Merong Mahawangsa. |
romanticism | romantisisme | Kesusasteraan | Tiada | Aliran sastera dan seni di Eropah pada abad ke-18 hingga awal abad ke-19. Aliran ini mengutamakan perasaan, keindahan dan kebebasan melahirkan perasaan dan isi hati individu. Suatu era dalam kesusasteraan Inggeris dari 1789 (di awal permulaan Revolusi Perancis) atau 1798 (penerbitan Lyrical Ballads oleh Wordsworth dan Coleridge) sehingga 1832 (Queen Victoria menaiki tahta). Aliran ini bermula sebagai reaksi terhadap kekangan yang ada pada jarak estetik dan formalisme neoklasisme, dan memerlukan puitika dan falsafah yang menumpu kepada perasaan dan imaginasi individu. Istilah romantisisme buat pertama kalinya digunakan oleh penulis Jerman, Friedrich von Schlegel dalam membicarakan sastera khayalan. Sastera ini mempunyai kaitan dengan karya roman awal dan berbeza dengan sastera klasik. Pomantisisme membayangkan penggunaan emosi dan imaginasi lebih daripada kewarasan. Fokus pada keunikan dan perwatakan individu adalah asas bagi penekanan moden bagi suara. Secara falsafahnya, perkembangan ini mengundang kepada be |
modern movement | gerakan moden | Kesenian | Seni Bina | Gerakan falsafah yang wujud secara meluas melalui transformasi dalam masyarakat Barat pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, yang membawa bersama-sama trend dan perubahan budaya. Antara faktor yang berbentuk modenisme ialah pembangunan dalam masyarakat perindustrian moden dan pertumbuhan pesat bandar-bandar. Secara umumnya, gerakan moden termasuk aktiviti dan ciptaan yang memartabatkan bentuk seni tradisional, seni bina, sastera, kepercayaan agama, falsafah dan organisasi sosial dengan bantuan teknologi baharu. |
historical criticism | kritikan historis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah menganalisis teks dengan melihat sesebuah karya sastera dalam konteks zaman penulisannya. Kaedah ini menstrukturkan kembali iklim pemikiran, ideologi, sistem nilai serta konvensi sosial dan sastera yang menjadi konteks penulis. Kaedah ini bertujuan memungkinkan karya pelbagai zaman menjadi lebih mudah dicapai oleh pembaca moden yang kelak akan lebih menghayati karya tersebut. Tujuan lain adalah untuk melihat karya sebagai artifak sejarah yang mencermintkan ciri-ciri zamannya. Lihat juga historisisme baru. |
dramatic structure | struktur dramatik | Kesusasteraan | Tiada | Struktur yang dirancang oleh pengarang dalam karya sastera untuk memberikan kesan tertentu pada karya tersebut. Perancangan pengarang bertujuan untuk menyelesaikan konflik dalam sesebuah karya sastera, khususnya novel dan drama. Perancangan ini terdiri daripada lima bahagian, iaitu pengenalan, aksi menaik, klimaks, aksi menurun, dan penyelesaian. Kelima-lima bahagian ini ditentukan oleh konflik yang menjadi dasar perancangan tersebut. Struktur dramatik ini berasaskan struktur drama tragedi Yunani. Dalam perkembangan seterusnya, struktur ini tidak lagi diakari dengan tegar oleh pengarang-pengarang moden. Contohnya, drama berjudul No Exit oleh John-Paul Sartre, dan drama Dinsman tertajuk Una tidak lagi memperlihatkan struktur drama ini. |