molar volume | isi padu molar | Kimia | Tiada | Isi padu satu mol bahan pepejal, cecair, atau gas. Kesemua bahan yang disukat pada suhu dan tekanan yang sama mempunyai isi padu molar, Vm, yang hampir sama. Pada suhu dan tekanan piawai (0oC, 1 atm) isi padu molar gas unggul ialah 22.4 dm3 dan isi padu molar gas sahih juga hampir sama dengan nilai tersebut. Sin. isi padu mol, isi padu molal. |
humid volume | isi padu lembap | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Isi padu satu kilogram gas kering (gas tanpa wap) campur wap yang terkandung di dalamnya pada nilai kelembapan yang ditetapkan. |
cubic measure | sukatan padu | Matematik | Tiada | Sistem untuk menyukat isi padu berdasarkan isi padu bagi satu kubus unit. Kubus unit ialah kubus dengan panjang setiap sisinya 1 unit. |
reserves | rezab | Kejuruteraan | Petroleum | Sumber petroleum yang telah dikenal pasti wujud di satu-satu kawasan yang boleh diambil dengan menggunakan teknologi masa kini dan berdasarkan pertimbangan ekonomi semasa. Bagi minyak, kuantiti dinyatakan dalam unit tong tangki stok, sementara bagi gas dinyatakan dalam unit kaki padu piawai. |
void ratio | nisbah lompang | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah isi padu lompang, Vv berbanding dengan isi padu pepejal bagi satu unit isi padu, iaitu e = Vv/Vs apabila e, ialah nisbah lompang dan Vs ialah isi padu pepejal. |
cubic foot | kaki padu | Perhutanan | Tiada | Simbol Cu. ft. Unit sukatan sebenar yang bersamaan dengan satu kiub yang mempunyai dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu kaki tinggi. Sukatan ini digunakan untuk menyukat isi padu dirian dalam hutan atau isi padu balak dan kayu gergaji di kilang papan. |
tapped density | ketumpatan tertepuk | Farmasi | Tiada | Nilai yang didapati apabila satu isi padu serbuk yang diketahui beratnya ditepuk berulang kali. Serbuk dimasukkan ke dalam silinder penyukat dan nilai isi padu sesudah ditepuk diambil. Ketumpatan dikira dengan mengambil berat sampel dibahagikan dengan isi padu sesudah ditepuk. Ciri ini penting dalam proses pengeluaran tablet. |
assortment table | sifir pelbagai isi padu | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Jadual yang memberikan maklumat tentang kandungan purata pokok (seperti kaki papan, kaki padu, meter padu, kord dan unit-unit lain) dalam satu dimensi atau lebih. |
cumers | meter padu per saat | Kejuruteraan | Tiada | Nilai satu meter padu sesaat, dan sama dengan cusec. |
molar volume | isi padu molar | Fizik | Moden | Isi padu yang ditempati satu mol bahan dalam bentuk pepejal, cecair, atau gas. isi padu molal. |