neutralism | neutralisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pendirian berkecuali atau tidak memihak kepada mana-mana pihak yang sedang bersengketa atau bersaing. Fahaman ini menekankan kedudukan bersahabat dengan semua pihak dan tidak menyokong atau memberi bantuan kepada mana-mana pihak tertentu. Fahaman ini dikembangkan oleh Monroe yang lebih dikenali sebagai Doktrin Monreo dalam dasar luar Amerika Syarikat semasa beliau menjadi presiden negara tersebut. Contohnya, Malaysia berpegang kepada faham berkecuali dalam persaingan antara blok timur dan barat semasa Perang Dingin dahulu. Sinonim faham neutral/faham berkecuali. |
radiator | radiator | Kejuruteraan | Tiada | 1. Mana-mana peranti, unit, atau permukaan yang memancarkan haba, terutamanya dengan sinaran, kepada objek-objek yang berada di ruang tempat ia ditempatkan.,2. Sebahagian daripada sistem penyejukan enjin yang melaluinya haba pembakaran yang berlebihan dibuang ke atmosfera melalui perolakan paksa menggunakan cecair yang beredar.,3. Peranti untuk memanaskan bahagian dalam kenderaan sebagai sebahagian daripada sistem pemanasan kenderaan.,4. Mana-mana bahagian antena yang memancarkan gelombang elektromagnet. |
neutral | neutral | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dasar tidak memihak kepada mana-mana individu, kelompok, pertubuhan atau negara yang sedang bersaing dengan pihak lain. Konsep ini selalu digunakan untuk merujuk persaingan antara blok timur dan barat dalam era Perang Dingin apabila sebilangan negara sedang membangun mengisytiharkan bahawa mereka tidak memihak kepada blok timur atau barat. Dasar tidak memihak mula dikemukakan oleh Tito (Yugoslavia), Soekarno (Indonesia) dan Nkrumah (Ghana) semasa persidangan awal Pergerakan Negara Tidak Berpihak. Hasilnya, kumpulan negara ini menubuhkan pergerakan yang tidak terikat dengan mana-mana pihak yang digelar sebagai Pergerakan Negara Berkecuali (NAM). |
lumped parameter | parameter tergumpal | Kejuruteraan | Tiada | Mana-mana parameter litar yang, untuk tujuan analisis, dapat dianggap sebagai mewakili suatu kearuhan, kemuatan, rintangan dan sebagainya, di seluruh julat frekuensi yang dikehendaki. |
abnormal stars | bintang tak normal | Matematik | Tiada | Bintang yang tidak termasuk ke dalam mana-mana pengelasan spektrum yang diakui. Sesetengah pengarang merujuknya sebagai apa-apa bintang yang tidak disenaraikan dalam jujukan utama gambar rajah Russell. |
atmospheric pressure | tekanan atmosfera | Fizik | Mekanik | Tekanan yang disebabkan oleh berat udara pada mana-mana titik di permukaan bumi. Perubahan tekanan pada permukaan bumi diukur dengan alat pengukur tekanan yang dikenal sebagai barometer. |
aromatic plant | tumbuhan beraroma | Herba | Fitokimia | Tumbuhan yang mempunyai bau pada mana-mana bahagiannya kerana mengandungi minyak pati. Contohnya, daun sirih dan serai wangi. Minyak pati yang terkandung di dalamnya terdiri daripada sebatian yang mudah meruap. Tumbuhan beraroma atau minyak pati yang dihasilkan daripada tumbuhan tersebut digunakan dalam industri minyak wangi, sebagai bahan perasa dan aromaterapi. Lihat juga minyak meruap. |
principle of transmissibility | prinsip kebolehpindahan | Mekanik | Gunaan | Prinsip yang menyatakan bahawa daya boleh dikenakan pada mana-mana titik di garis tindakannya tanpa mengubah kesan luar terhadap jasad tegar yang ditindaknya. Dalam ilmu mekanik, semua daya dianggap mematuhi prinsip ini dan, dengan sebab itu, daya boleh dikendalikan sebagai vektor gelangsar. |
competitive party system | sistem parti saingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem parti yang membolehkan mana-mana parti yang bertanding dalam pilihan raya mencapai kemenangan. Saingan ini biasanya merujuk kepada sistem pilihan raya yang berasaskan pengundian bercorak peratusan berkadar. Dalam sistem ini, parti yang memenangi sesuatu pilihan raya berkemungkinan akan mengalami kekalahan dalam pilihan raya yang akan datang dan sebaliknya. Secara amnya, sistem parti yang wujud dalam sistem demokrasi diklasifikasikan sebagai sistem parti yang mempunyai saingan yang sengit. Contohnya, Jerman, Australia dan Perancis mengamalkan sistem parti saingan. |
oil-in-water emulsion mud | lumpur emulsi minyak dalam air | Kejuruteraan | Petroleum | SINONIM: lumpur emulsi Mana-mana lumpur biasa atau lumpur dasar air yang khas yang telah ditambahkan minyak ke dalamnya. Dalam lumpur ini minyak menjadi fasa terserak dan mungkin membentuk emulsi, sama ada secara kimiawi atau secara mekanik. Lumpur ini juga biasanya dikenali sebagai lumpur emulsi. |