Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.li/] | سباليق

Definisi : ; di ~ pd bahagian (aspek dsb) yg terselindung atau tidak begitu ketara: dlm kelucuan pemerihalan ini, jelas kpd kita mesej di ~nya; apakah motif di ~ keinginan ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.li/] | سباليق

Definisi : sebelah yg lain, sebelah sana: aliran Sungai Pahang sering mengintai mesra di ~ kehijauan pepohonan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebalik

Puisi
 

Saya tidak memandang bulan,
     Mari selindung sebalik tabir;
Saya tidak memandang tuan,
     Hati beramuk bagai nak hancur.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Ada udang (= berudang) di balik batu.

Bermaksud :

Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Berlurah di balik pendakian).

 

Lihat selanjutnya...(2)

98

Every cloud has a silver lining

Di sebalik malang yang menimpa, tentu ada kebaikan atau rahmatnya.

Dalam musibah ada manfaat

She was deeply depressed when her megastar fiancé dumped her. She had known him long before he became famous. But every cloud has a silver lining. Her broken relationship has been trust into the limelight and opened doors to many lucarative offers from big companies. Now, she’’s crying all the way to the bank!

Dia dirundung kesedihan apabila tunangnya yang merupakan artis ternama telah meninggalkannya. Dia mengenali lama sebelum tunangnya itu menjadi terkenal. Tetapi dalam musibah ada manfaat. Kisah putus tunangnya itu menjadi perhatian ramai dan mengundang banyak tawaran lumayan daripada syarikat yang besar. Kini, rintihannya itu mengaut rezeki!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
backupcetak sebalikKomunikasiTiadaTiada
backing (printing)cetak sebalik; tulang belakang (jilidan)KomunikasiTiada-
periscopeperiskopKejuruteraanTiadaAlatan optik untuk memperoleh pandangan di sebalik sesuatu halangan, atau daripada kapal selam.
hidden agendaagenda tersembunyiKomunikasiTiadaMesej yang tersirat di sebalik penyiaran melalui media massa.
implied authorpengarang tersiratKesusasteraanTiadaPengarang yang wujud di sebalik teks atau pengarang yang merancang dan memaknakan teks. Pengarang menghasilkan teks secara tersirat, dan hanya boleh ditanggapi oleh imaginasi pembaca melalui proses pembacaan yang berulang-ulang dan penuh penghayatan. Pengarang tersirat berbeza dengan pengarang sebenar atau narator.
symbolismsimbolismeKesenianTiadaSeni lukis yang memaparkan sesuatu makna di sebalik simbol tertentu.
pentimentopentimentoKesenianTiadaPenjelmaan semula reka bentuk atau lukisan di sebalik lukisan yang ada kerana cat yang lama-kelamaan menjadi lebih lutsinar.
flushed zonezon pancurKejuruteraanPetroleumBahagian formasi yang berada di sebalik dinding lubang gerudi yang sepenuhnya diserbu oleh turasan lumpur gerudi. Semua bendalir asal yang dikandungi oleh formasi yang wujud dalam pori yang saling bersambungan telah terganti oleh turasan lumpur. Ketebalan zon ini berbeza-beza keporosan formasi tetapi ketebalan ini biasanya kira-kira 3 inci.
screened subnetsubrangkaian teradangTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerRangkaian yang tersembunyi di sebalik tembok api yang tidak dapat dicapai secara terus dari luar rangkaiannya kecuali melalui penghala pengadangan atau get laluan hos terhadang.
ambushing predatorspemangsa hendapPerikananTiadaIkan yang mempunyai tabiat menyamar atau bersembunyi di sebalik kayu, batu atau pasir untuk mengelakkannya daripada dikenali dan dilihat oleh mangsa. Pemangsa hendap menangkap mangsa dengan sepantas kilat. Contohnya, ikan kerapu, haruan, toman dan depu.
1234

Kembali ke atas