Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. yg merupakan kenyataan, sebetulnya, sesungguhnya: orang yg sentiasa menyerukan pembelaan wanita yg ~ menganiaya mereka; 2. yg dikira betul, sebetulnya: ejaan yg ~ ialah ‘pameran’ bukan ‘pamiran’; 3. begitulah, demikianlah, sungguhlah: ~lah spt kata cikgu itu; 4. sewajarnya, sepatutnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2 memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yg kamu katakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebenarnya

Peribahasa

Busuk,
     busuk embacang.

Bermaksud :

Kelihatan bodoh, sebenarnya pandai.

 

Lihat selanjutnya...(33)

642

A wolf in sheep's clothing

Orang yang nampak sahaja baik tetapi sebenarnya berbahaya.

Musang berbulu domba

When you are in a big city, beware of a wolf in sheep's clothing. Danger may lurk beneath a person who for no rhyme or reason tries to be nice to you.

Apabila kamu hidup di kota besar, berwaspadalah dengan musang berbulu domba. Bahaya mungkin menanti di sebalik orang yang tidak semena-mena cuba berbaik-baik dengan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pseudostembatang semuPertanianAgronomi

Organ yang kelihatan seperti batang dan mempunyai fungsi batang tetapi sebenarnya terdiri daripada daun-daun yang bergulung seperti batang pisang dan tumbuhan jenis halia. Batang tumbuhan tersebut sebenarnya merupakan umbisi yang terdapat di bahagian bawah tanah.

actual measureukuran sebenarnyaPerhutananTiadaTiada
actual measureukuran sebenarnyaPertanianTiadaTiada
in effectperbelanjaan sebenarnyaEkonomiTiadaTiada
de factoyang sebenarnya/ defaktoPenilaian Harta TanahTiadaTiada
redundancykelewahanKejuruteraanTiadayang tidak sebenarnya perlu untuk menyampaikan maklumat yang diingini, tetapi mungkin digunakan untuk pengesahan atau keselamatan.
bioavailabilitybiokeperolehanFarmasiFarmakologiPeratusan drug yang sebenarnya diserap ke dalam darah daripada suatu dos yang diberi. Biokeperolehan sesuatu drug bergantung pada laluan pemberian drug dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi serapan pada tapak pemberian. Apabila sesuatu drug diberi secara intravena, biokeperolehannnya ialah 100%. Walau bagaimanapun, apabila sesuatu drug diberi melalui laluan lain {contobnya, secara oral}, biokeperolehannya berkurangan akibat penyerapan yang tidak sepenuhnya dan metabolisme laluan pertama. Biokeperolehan juga boleh berbeza antara satu pesakit dengan pesakit yang lain. Biokeperolehan adalah penting dalam farmakokinetik kerana perlu diambil kira semasa pengiraan dos untuk pemberian drug selain daripada cara intravena. Lihat juga metaboHsme laluan pertama.
puppet regimerejim bonekaSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang memerintah berpandukan arahan pihak lain atau mengikut telunjuk kuasa luar yang sebenarnya menguasai kerajaan tersebut dari belakang tabir. Rejim ini memiliki imej yang boleh diterima orang ramai seperti terdiri daripada golongan tempatan, bumiputera, bersifat baik dan mempunyai keturunan pemerintah sebelum ini. Pemerintah ini diberi imbuhan atau kedudukan yang baik asalkan menurut arahan dan tidak boleh menjalankan sesuatu dasar atau melaksanakan sesuatu perintah yang bertentangan dengan kepentingan pihak luar tersebut. Hal ini bermakna, pemerintah boneka sebenarnya tidak bebas dan terpaksa mendengar arahan dan telunjuk kuasa luar. Rejim boneka ini diwujudkan untuk kepentingan golongan yang mempunyai kuasa tetapi tidak mahu kehadirannya disedari oleh orang ramai. Contohnya, kerajaan Pinochet di Chile pada tahun 1971 yang menjatuhkan Allende hasil daripada bantuan Amerika Syarikat.
realisticrealistikKesusasteraanTiadaBerhubung dengan keadaan yang sebenarnya.
irrigation efficiencykecekapan pengairanPertanianTiadaNisbah air yang sebenarnya diserap oleh tanaman terhadap jumlah air pengairan dalam sesuatu kawasan.
12345678910...

Kembali ke atas