Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.buah] | سبواه

Definisi : satu buah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebuah

Puisi
 

Datuk Bentara mudik ke hulu,
     Hajat membina sebuah kota;
Biar mara datang bertalu,
     Namun cinta kugagah juga.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Jikalau kerana sebuah dusun maka binasa negeri,
     haruslah dusun itu dibuangkan.

Bermaksud :

Jikalau kerana seorang maka kerukunan hidup terganggu maka singkirkanlah orang itu.

 

Lihat selanjutnya...(7)

508

A rotten apple spoils the barrel

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seruas tebu berulat, sebatangnya (seruas) dibuang

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seruas tebu berulat, sebatangnya dibuang .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(36)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
partial eclipsegerhana separaGeografiTiadaPenerimaan cahaya yang tidak sepenuhnya oleh sebuah badan cakerawala daripada sebuah badan melalui penyekatan sebuah badan yang ketiga.
double roombilik kelaminPentadbiran PerniagaanTiadaBilik yang biasanya untuk dua orang yang mempunyai sebuah katil kelamin atau sebuah katil ratu atau sebuah katil raja.
free portpelabuhan bebasGeografiTiadaSebuah bandar berkawal yang tertutup biasanya sebuah pelabuhan atau bahagian sebuah pelabuhan di mana barangan dipunggah dan dimuatkan tanpa kawalan kastam.
free portpelabuhan bebasGeologiTiadaSebuah bandar berkawal yang tertutup biasanya sebuah pelabuhan atau bahagian sebuah pelabuhan di mana barangan dipunggah dan dimuatkan tanpa kawalan kastam.
advertorialiklan rencanaKomunikasiKorporatSalah satu daripada genre iklan media elektronik dan media cetak. Genre iklan ini dikenali dengan sifat persembahan- nya yang menyerupai sebuah artikel, berita atau sebuah rancangan bicarawara. Pendekatan penulisan dan persembahannya menggunakan teknik penulisan sebuah berita atau artikel dan penerbitan sebuah rancangan radio atau televisyen. Pendekatan ini juga menekankan aspek realiti barangan atau perkhidmatan, dan kerap mengaitkan hasil penyelidikan barangan tersebut dengan fakta tentang kebaikan barangan. Kadangkala pendekatan ini melibatkan jurucakap profesional serta individu terkenal dan berwibawa bagi membina kesedaran jenama dalam kalangan khalayak.
ice pillartonggak aisGeografiTiadaSebuah tonggak ais bertukupkan sebuah batu tongkol.
ice columntonggak aisGeografiTiadaSebuah tonggak ais bertukupkan sebuah batu tongkol.
reverse take-overpengambilalihan songsangPentadbiran PerniagaanTiadaPengambilalihan sebuah syarikat oleh sebuah syarikat lain yang berakhir dengan syarikat yang diambil alih menguasai milikan syarikat yang mengambil alih. Ia berlaku dengan pembayarannya dilakukan melalui terbitan syer.
forward bearingbearing depanGeografiTiadaBearing yang diambil daripada sebuah objek kepada sebuah objek yang di hadapan.
exporteksportGeografiTiadaPerihal benda yang di hantar dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain yang di balas dengan wang, barangan atau perkhidmatan.
12345678910...

Kembali ke atas