initial oil in-place | minyak asal di tempat | Kejuruteraan | Petroleum | Kuantiti minyak yang sedia kala terkandung dalam satu reserbor di subpermukaan. Kuantiti ini dikira dengan menggunakan kaedah isi padu atau kaedah keseimbangan bahan. |
true resitivity | keberintangan sebenar | Kejuruteraan | Petroleum | Nilai keberintangan bahagian formasi yang tidak diserbu oleh turasan lumpur gerudi, atau keberintangan formasi yang wujud dalam keadaan seperti sedia kala. |
invaded zone | zon terserbu | Kejuruteraan | Petroleum | Bahagian formasi di sekitar lubang gerudi yang diserbui oleh turasan lumpur gerudi. Zon ini merangkumi kedua-dua pancur dan zon peralihan. Dalam zon ini berlaku keadaan yang semua atau sebahagian daripada bendalir yang sedia kala wujud dalam formasi itu telah diganti oleh lumpur gerudi. |
background radiation | sinaran latar belakang | Kejuruteraan | Petroleum | Kehadiran serta keamatan sinaran radioaktif yang terdapat dalam persekitaran yang merupakan keamatan tambahan kepada keamatan sinaran radioaktif tertentu yang sedang diperhatikan. Dalam pengelogan keradioaktifan, sinaran latar belakang diwakili oleh sinaran radioaktif semula jadi yang telah sedia kala wujud dalam formasi. |
zone of annulus | zon anulus | Kejuruteraan | Petroleum | Zon di sekitar lubang gerudi pada bahagian formasi yang wujud antara zon yang terserbu oleh turasan lumpur dengan zon yang tak terganggu. Zon ini wujud secara sementara sahaja terutama pada masa formasi sedang atau baru sahaja digerudi. Jika formasi telah sedia kala mengandungi minyak, zon ini dicirikan oleh nilai keberintangan yang secara menonjol lebih rendah daripada nilai keberintangan yang sepatutnya, iaitu jika dibandingkan dengan nilai keberintangan zon yang terserbu atau zon yang tak terganggu. Dalam zon ini dianggap wujud persimpangan bendalir antara minyak, air formasi dan turasan lumpur. Apabila zon ini menghilang atau tidak lagi wujud, zon yang terserbu dengan zon yang tak terganggu akan bercantum. |
hormonal contraception | kontrasepsi hormon | Perubatan | Tiada | Kaedah pencegahan kehamilan dengan menggunakan hormon seks iaitu estrogen dan progesteron dalam dos tertentu. Kaedah kontrasepsi ini menghalang pengovulan dari ovari dan menghalang pembiakan. Hormon ini boleh didapati dalam bentuk pil, depot atau tampalan kulit. Pemberhentian pemberian hormon akan menyebabkan seseorang wanita kembali ke tahap kesuburan sedia kala. Kesan sampingan daripada pengambilan hormon tersebut ialah penambahan pigmen pada kulit (kloasma), trombosis serta gangguan pada metabolisme lemak dan karbohidrat. |