Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Sayang Serani Cina ulaman,
     Sedikit tidak berbuah lagi;
Sudah berjanji berpegang tangan,
     Sedikit tidak berubah hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi.

Bermaksud :

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).

 

Lihat selanjutnya...(4)

353

Give knaves an inch and they will take a mile

Diberi sedikit tetapi hendak lebih lagi.

Diberi betis hendak peha.

Since she is too poor to take care of her nine children, I agreed to bear one of her son's education expenses. Unfortunately, people like to take advantage of the generosity of others. Now she expects me to do same for her other children. Give knaves an inch and they will take a mile, indeed.

Oleh sebab wanita itu terlalu miskin untuk menjaga sembilan anaknya, saya pun bersetuju untuk menanggung perbelanjaan salah seorang anak lelakinya. Malangnya, orang suka mengambil kesempatan daripada kemurahan hati orang lain. Sekarang dia mengharapkan saya menanggung anak-anaknya yang lain pula! inilah yang dikatakan diberi betis hendak peha.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(30)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sagiashi dachiduduk kaki bangauSukanTiadaBerdiri dengan satu kaki, lutut dibengkok sedikit. Kaki yang satu lagi dicangkuk/di sisi lutut kaki dirian.
tie breaker in jump eventsseri acara lompatSukanTiadaPerihal jika berlakunya seri, atlet yang mempunyai percubaan yang terkurang di peringkat seri diisytiharkan sebagai pemenang; sekiranya seri lagi, peserta yang mempunyai jumlah kegagalan yang paling sedikit dalam pertandingan tersebut termasuk ketinggian terakhir, diisytiharkan sebagai pemenang; jika melibatkan kedudukan pertama, peserta diberi sekali lagi percubaan pada ketinggian yang sama atau direndahkan sehingga salah seorang gagal dalam pertandingan tersebut. Seri pada tempat kedua dan ketiga tidak berubah.
crouch startmula gaya dekamSukanTiadaPermulaan dengan badan membongkok, kaki berada di depan yang satu lagi di hujung blok permulaan atau geladak, lutut dibengkokkan sedikit, tangan terkulai, kepala tunduk dan bersedia untuk terjun.
loose couplinggandingan longgarKejuruteraanTiada1. Darjah gandingan pada sistem salunan, yang jauh kurang daripada gandingan genting.,2. Gandingan di antara dua litar yang amat sedikit kuasa dipindahkan di antara litar-litar itu, dan perubahan galangan pada satu litar mempunyai kesan yang amat sedikit pada litar yang satu lagi.
orbital decaysusutan orbitAeroangkasaTiadaPengurangan kesipian orbit elips sesuatu satelit buatan, kerana apogi setiap peredarannya akan menjadi terhampir sedikit dengan bumi hingga elips menjadi satu bulatan, dan seterusnya menyusut lagi hingga membentuk laluan berpilin yang menghantar satelit ke dalam lapisan atmosfera yang lebih tumpat geserannya menjana haba akan memeluwapkannya.
orbital decaysusutan orbitMatematikTiadaPengurangan kesipian orbit elips sesuatu satelit buatan, kerana apogi setiap peredarannya akan menjadi terhampir sedikit dengan bumi hingga elips menjadi satu bulatan, dan seterusnya menyusut lagi hingga membentuk laluan berpilin yang menghantar satelit ke dalam lapisan atmosfera yang lebih tumpat geserannya menjana haba akan memeluwapkannya.
tide-producing forcedaya penghasil pasang surutSainsHidrometeorologiPerbezaan tempatan yang sedikit antara tarikan graviti dua jasad astronomi dan daya emparan yang memisahkan jasad tersebut. Daya ini tepat sama dan bertentangan pada pusat graviti salah satu jasad, tetapi, oleh sebab tarikan graviti berkadaran songsang dengan ganda dua jarak, ia berubah dari titik ke titik di permukaan jasad. Oleh sebab, tarikan draviti ketara terdapat di permukaan titik paling hampir dengan jasad yang satu lagi, sementara penolakan emparan ketara di permukaan titik terdapat paling jauh dari jasa yang satu lagi. Dengan itu terdapat dua kawasan yang daya penghasil pasang surutnya adalah maksimum, dan biasanya terdapat dua pasang surut setiap hari qamari dan hari suria.
introgressionintrogresiHerbaBotani dan BioteknologiKemasukan gen dari satu spesies ke dalam spesies yang lain melalui pengacukan balik. Proses ini menghasilkan populasi yang ciri individu-individunya menyerupai banyak ciri satu induk dan mengandungi sedikit ciri induk yang satu lagi.
food additivebahan tambahan makananMakanan dan PemakananMakananBahan kimia yang ditambahkan dalam jumlah yang sedikit ke dalam makanan dengan sengaja untuk meningkatkan kualiti makanan dari segi tekstur, warna, perisa, rasa, rupa bentuk, keseragaman atau sebagai pengawet semasa pemprosesan. Aditif makanan menjadi sebahagian daripada makanan tersebut. Bahan ini juga ditambahkan sebagai pengemulsi, pemekat, pemanis, penambah perisa dan lain-lain lagi. Antara contoh aditif makanan ialah lesitin, gam arabik, aspartam, benzoat dan monosodium glutamat.
introversionintroversiPsikologiPsikologi UmumKecenderungan atau sikap individu yang mempunyai siaf-sifat tertentu seperti pemalu, memencilkan diri, tidak suka berpelesiran dan menyelesaikan masalah tanpa bantuan orang lain. Menurut Jung, manusia berada pada dua sifat yang ekstrem, iaitu introvert atau ekstrovert. Eyesenck kemudiannya mengembangkan lagi sikap ini dengan menjelaskan bahawa individu yang introversi berpunca daripada kepekaan individu tersebut terhadap rangsangan. Individu introvert dikatakan mempunyai tahap bangkitan yang terlalu tinggi sehingga sedikit acahan sahaja boleh membuatkan individu tersebut memberi respons dengan cepat. Oleh itu, individu ini perlu mengawal diri dengan bersifat introversi supaya tidak selalu diganggu dengan rangsangan yang tidak perlu.

Kembali ke atas