distance learning | pembelajaran jarak jauh | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sistem pembelajaran secara jarak jauh yang boleh berbentuk pembelajaran segerak atau pembelajaran tak segerak. Pembelajaran segerak atau masa-sama-tempat-beza bermaksud pelajar mengikuti pembelajaran secara langsung melalui sidang video/audio atau dalam talian, manakala pengajar berada di tempat yang berlainan. Pembelajaran tak segerak atau masa-beza-tempat-beza bermaksud pengajar menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk rakaman, buku, modul, video, web dan lain-lain, manakala pelajar merujuknya pada masa dan tempat yang berbeza. |
synchronous phase advancer | pemaja fasa segerak | Teknik | Elektrik | Motor segerak yang digunakan untuk tujuan membaiki faktor kuasa. Jika nilai voltan ujaan arus terus yang diberikan pada pemutar motor itu lebih daripada biasa, faktor kuasa mendulu akan diperoleh, sebaliknya faktor kuasa mengekor diperoleh jika nilai voltan ujian ini dikurangkan. Faktor kuasa yang dibaiki dengan menggunakan pemaju fasa segerak lebih menguntungkan berbanding dengan pemuat kerana motor ini boleh digunakan untuk menjalankan sesuatu kerja, dan tidak seperti pemuat yang tidak menjalankan sebarang kerja selain sebagai pembetul faktor kuasa. Sinonim pemuat segerak. |
synchronous capacitor | pemuat segerak | Teknik | Elektrik | Lihat pemaju fasa segerak. |
sync-pulse generator | penjana isyarat segerak | Pendidikan | Tiada | Alat yang boleh menjana isyarat segerak secara elektronik. |
sync pulse | denyut segerak | Komunikasi | Tiada | Denyutan sebanyak enam puluh pusingan yang digunakan untuk menentukan gambar dan bunyi segerak. |
SDH (synchronous digital hierarchy) | SDH (hierarki digital segerak) | Teknologi Maklumat | Tiada | Piawaian antarabangsa untuk penghantaran data segerak pada bahantara optik. Kelajuan yang disokong ialah 1.55Mbps, 622Mbps dan 2.5Gbps. |
SONET (synchronous optical network) | SONET (rangkaian optik segerak) | Teknologi Maklumat | Tiada | Piawaian ANSI untuk penghantaran data segerak pada bahantara optik. Kadar pemindahan data asas ialah 51.8 megabit per saat(mbps) sehingga 2.48 gigabit per saat(gbps). SONET setara dengan piawaian antarabangsa SDH. |
SDLC (synchronous data link control) | SDLC (kawalan pautan data segerak) | Teknologi Maklumat | Tiada | Protokol komunikasi segerak berorientasi bit yang bertujuan untuk penghantaran data berkelajuan tinggi antara peranti. Protokol ini dibangunkan oleh IBM pada tahun 1970-an. |
ACIA (asynchronous communication interface adapter) | ACIA (penyesuai antara muka komunikasi tak segerak) | Teknologi Maklumat | Tiada | Peranti yang membekalkan sambungan kepada talian komunikasi dengan menggunakan mod penghantaran tak segerak. |
synchronous e-learning | e-pembelajaran segerak | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sesi pembelajaran maya yang interaksinya berlaku pada masa nyata dengan menggunakan platform e-pembelajaran seperti sistem pengurusan pembelajaran (LMS). Banding e-pembelajaran tak segerak. |