oligarchy | oligarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk pemerintahan yang dikuasai oleh segolongan elit yang sangat berpengaruh dalam masyarakat. Pemerintahan ini melaungkan idea demokrasi tetapi pada hakikatnya segolongan kecil elit sahaja yang menentukan segala keputusan penting dalam pemerintahan. Walaupun begitu, pemerintahan ini memberi kebebasan kepada orang ramai dan membenarkan kehadiran pembangkang, golongan pendesak, media yang bebas dan perlembagaan yang kukuh. Oligarki tidak semestinya berada dalam sistem pemerintahan demokrasi tetapi juga wujud dalam sistem pemerintahan komunis. Konsep ini dikembangkan oleh Roberto Michels yang menghuraikan fenomena oligarki di Jerman Timur pada era perang dingin. |
adenovirus | adenovirus | Perubatan | Tiada | Segolongan virus DNA yang ditemui di merata tempat di seluruh dunia, dan menyebabkan penyakit pada saluran pernafasan atas serta konjunktiva. Virus ini juga boleh mengakibatkan pneumonia teruk pada bayi. |
arenavirus | arenavirus | Perubatan | Tiada | Segolongan virus RNA yang mencakupi virus koriomeningitis dan virus Lassa, dan menyebabkan penyakit seperti meningitis dan demam. |
herpesvirus | herpesvirus | Perubatan | Tiada | Segolongan virus DNA yang mengakibatkan penyakit, seperti cacar air dan herpes zoster. |
myxovirus | miksovirus | Perubatan | Tiada | Segolongan besar virus RNA yang meliputi virus influenza, parainfluenza, beguk dan penyakit Newcastle. |
poxvirus | poksvirus) | Perubatan | Tiada | Segolongan virus DNA yang agak besar saiznya, termasuk virus vaksinia (mengakibatkan penyakit cacar lembu), variola (mengakibatkan penyakit cacar) dan virus yang menjangkiti haiwan peringkat rendah. |
reovirus | reovirus | Perubatan | Tiada | Segolongan virus DNA yang ditemui pada kanak-kanak yang mengalami penyakit pada salur pernafasan dan usus. |
togavirus | togavirus | Perubatan | Tiada | Segolongan virus RNA yang mengakibatkan penyakit seperti ensefalitis, demam denggi, demam denggi berdarah dan demam kuning. |
fear culture | budaya takut | Pentadbiran | Tiada | pandangan atau pegangan segolongan masyarakat yang tidak berani menempuh cabaran baharu. |
elitism | elitisme | Pendidikan | Tiada | 1. Kepercayaan bahawa sesebuah masyarakat atau negara patut ditadbir oleh segolongan kecil manusia yang dianggap mempunyai keistimewaan dan kelebihan daripada orang lain. 2. Teori sosial dan politik yang menegaskan bahawa hanya sebilangan kecil yang memegang kuasa dan pendidikan adalah untuk manfaat mereka. |