designer | pereka bentuk | Kejuruteraan | Tiada | Seseorang yang tanggungjawabnya meliputi sesuatu projek kejuruteraan secara keseluruhannya, dari pengagasan sehinggalah terkeluarnya arahan terperinci untuk operasi. |
antenatal | antenatal | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan sesuatu yang berlaku pada ibu atau fetus dalam tempoh seseorang mula hamil sehinggalah kelahiran bayi. Lazimnya tempoh entenatal adalah selama 40 minggu atau 280 hari. Sin: pranatal |
prenatal | pranatal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Berkaitan dengan sesuatu yang berlaku pada ibu atau fetus dalam tempoh seseorang mula hamil sehinggalah kelahiran bayi. |
continuous pawn delivery | serahan gadaian berterusan | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pemberian barang gadaian secara berterusan bermula daripada masa akad gadaian sehinggalah tamat tempoh gadaian. Barang gadaian tidak boleh diserahkan atau dipulangkan kepada penggadai sama ada sebagai barang pinjaman, barang amanah atau untuk dimanfaatkan. Jika serahan semula dilakukan, bermakna serahan barang gadaian tidak lagi berterusan dan mengakibatkan akad gadaian terbatal. |
push to talk operation | kendalian tekan untuk cakap | Kejuruteraan | Tiada | Kaedah pengendalian telefon apabila penghantar telefon tidak disambungkan kepada litar sehinggalah punat tekan gagang ditekan. |
film producer | penerbit filem | Komunikasi | Tiada | Orang yang bertanggungjawab secara keseluruhanannya dalam penghasilan sesebuah filem iaitu dari peringkat penyediaan kewangan sehinggalah ke peringkat penjualan filem. |
Mantoux test | ujian Mantoux | Perubatan | Tiada | Ujian untuk mengesan tuberkulosis dengan menyuntikkan tuberkulin di bawah kulit beberapa kali secara berturutan sehinggalah tindak balas kelihatan berlaku pada kulit. |
news gathering | pengumpulan berita | Komunikasi | Tiada | Proses mendapatkan bahan berita. Proses mengumpul berita biasanya bermula dari peringkat perancangan, penyelidikan dan pengumpulan bahan sehinggalah ke peringkat berita itu disiarkan. |
thyristor | tiristor | Teknik | Elektrik | Nama kumpulan komponen separuh pengalir penerus terkawal yang cirinya seperti tiratron yang berkeupayaan menghalang pengaliran arus ke hadapan sehinggalah arus pemicu pada get diberikan. Peranti ini boleh dimatikan dengan mengurangkan arus ke hadapan sehingga kurang daripada arus penahan atau dengan menterbalikkan kekutuban voltan yang digunakan. Contoh komponen ini ialah penerus terkawal silikon. |
scalar principle | prinsip skalar | Pentadbiran | Tiada | Prinsip pengurusan yang menyatakan bahawa autoriti dalam organisasi turun melalui rangkaian pengurus yang bermula daripada peringkat teratas sehinggalah peringkat paling bawah. |